MISI KEMANUSIAAN DAN DAKWAH FILIPINA SIRI 4/2024

April 2024 menyaksikan sekali lagi perjalanan Ummah Care Malaysia ke Filipina. Berbanding misi sebelum ini, tempoh perjalanan kami kali ini lebih singkat. Tujuan misi ditumpukan lebih kepada pemantauan projek-projek yang sedang dilaksanakan pada ketika ini.

Perjalanan misi bermula dari Kuala Lumpur International Airport dan dijangka akan tiba di Daniel Z. Romualdez Airport, Tacloban pada jam 2 petang. Kru Ummah Care Malaysia diwakili oleh Penaung, Dr. Abdul Razak bin Kechik dan Presiden, Ustaz Nasir bin Zakaria serta Encik Ahmad Mohamad Afandi bin Ahmad Shamsuddin.

Doakan agar misi ini diberkati Allah SWT dan diberi kelancaran urusan sepanjang masa.

ummah care malaysia

Penghubung Kasih Ummah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *