ZIARAH MASJID JAMIAH PULAU HILANTAGAAN

Perjalanan kru Ummah Care Malaysia seterusnya ke Pulau Hilantagaan bersama Datuk Dr. Abdul Razak bin Kechik yang turut mewakili Briged Bakti Malaysia (BBM). Turut bersama kami adalah Sister Safiyyah dan suami yang mewakili One Dakwah Foundation Inc. iaitu sebuah NGO Muslim di FIlipina.

 

Hasil perbualan kami bersama Sister Safiyyah, kami dimaklumkan bahawa penduduk Muslim di Pulau Hilantagaan ini sudah mencecah 4,000 orang. Alhamdulillah ianya satu perkembangan yang sangat baik berbanding ketika kali pertama kami tiba di situ pada tahun 2020. Jumlah penduduk Muslim hanya dalam linkungan 100 orang sahaja.

 

Setibanya di Pulau Hilantagaan, kru kami dibawa melawat ke Masjid Jamiah, sebuah masjid yang dibina pada tahun 2020 oleh rakyat Malaysia yang budiman. Masjid ini sudah dapat digunakan dengan sepenuhnya oleh penduduk Muslim di pulau ini.Segala aktiviti pengajian Islam dan kemasyarakatan dapat dilaksanakan di situ. Di persekitaran masjid ini terdapat dua buah rumah tamu, tandas lelaki dan tandas perempuan serta sebuah kantin untuk kegunaan para jemaah dan tetamu yang datang.

 

Kami dimaklumkan bahawa masjid ini mengalami masalah air berikutan sumber air yang hanya diperoleh dari tangki simpanan tidak mampu menampung keperluan yang ada. Tangki simpanan ini diperoleh hasil tadahan air hujan. Masalah air yang perlahan juga turut membebankan para penduduk Muslim di sini.

 

Dalam lawatan kami kali ini, kru Ummah Care Malaysia berpeluang bertemu Daie Mokhtar, seorang pendakwah bebas di pulau ini yang tinggal di situ. Pertemuan terasa rancak kerana Daie Mokhtar mampu bertutur dalam Bahasa Melayu walaupun tidak fasih sepenuhnya.

ummah care malaysia

Penghubung Kasih Ummah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *