Tanggal 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447, team Ummah Care Malaysia bersama beberapa sukarelawan dengan kerjasama Briged Bakti Malaysia, One Daawah Foundation dan Islamic ABIM Outreach Kelantan telah berpeluang melaksanakan ibdah qurban bersama mualaf di Cebu, Filipina. Turut dilaksanakan adalah pemberian tudung percuma kepada Mualaf Muslimah selain agihan daging dan beras kepada komuniti Muslim setempat.
Seluruh team yang terlibat berasa syukur kerana dapat menyempurnakan amanah yang diberikan dengan melaksanakan qurban dan agihan kepada mereka yang layak.
Bagi penduduk Muslim setempat, program qurban seperti ini amatlah bermakna kerana kesukaran mendapatkan daging halal di petempatan mereka. Melalui program seperti ini, ianya memberi peluang kepada mereka untuk merasa dan menikmati daging halal.
Semoga Allah SWT memberkati semua yang telah memberi kepercayaan kepada team yang terlibat dan sudi berkongsi rezeki dengan para mualaf ini.

