ALHAMDULILLAH SYUKUR!!!
Ramadhan 1445H menyaksikan program pertama Ummah Care Malaysia di masjid Pusat Ilmu Kuala Pai, Kampung Kuala Pai, Kuala Nerang, Kedah.
Program ini diadakan dengan hasrat meraikan para asnaf sekitar Padang Terap dan juga anak-anak tahfiz di Akademi Al-Quran dan Dakwah Ummah (AQDU). Para asnaf ini diraikan dengan penyerahan barangan keperluan asas dengan harapan ianya dapat membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup masa kini.
Majlis penyerahan barangan keperluan asas ini dimulakan pada pukul 5 petang dengan kehadiran penerima sumbangan. Seterusnya masjlis dilanjutkan dengan ucapan Presiden Ummah Care Malaysia, Ustaz Haji Mohd Nasir bin Zakaria dan juga Haji Yunus bin Sultan selaku pewakaf tanah Kompleks Warga Emas Baitun Nur.
Selanjutnya program ini diteruskan dengan penyampaian barangan sumbangan keperluan asas kepada para penduduk asnaf yang layak. Hampir 100 orang penerima asnaf hadir ke program ini bagi menerima sumbangan barangan tersebut.
Usai sesi penyampaian barangan sumbangan tersebut, program diteruskan dengan sesi iftar bersama-sama dengan kesemua yang hadir.
Alhamdulillah walaupun hujan turun lebat di awal majlis, namun majlis berjalan lancar dan jayanya. Anak-anak tahfiz dirai dengan menu yang sederhana namun menyelerakan.
Alhamdulillah masjid ini berjaya dihidupkan dengan program ini, program pertama di masjid yang dihiaskan cat pink sekaligus menjadi masjid pink kelima di dunia selepas masjid Pink di Filipina.
Semoga masjid ini berjaya dihidupkan dan memberi manfaat kepada semua terutama penghuni Pusat Ilmu Kuala Pai dan juga penduduk setempat.

