PERKEMBANGAN MASJID AL-UMMAH

Setiap kali menjejakkan kaki di bumi Filipina ini, pastinya team kami tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di daerah Badian ini bagi melihat perkembangan pembinaan masjid untuk masyarakat Muslim di sini.

Masjid Al-Ummah ini sudah 70 peratus berjaya disiapkan. Walaupun ada banyak yang perlu disiapkan namun sedikit sebanyak kami dan juga mereka berasa bangga dan terharu kerana ia sudah dapat digunakan. Ramadhan  lalu menyaksikan masyarakat Islam di Badian ini dapat berbuka puasa dan juga solat berjemaah di masjid ini walaupun belum siap sepenuhnya. Bukan itu sahaja Solat Hari Raya Aidilfitri juga telah dapat diadakan di sini. 

Untuk pengetahuan Tuan Puan yang dikasihi Allah SWT sekalian,

Masjid ni dibina dengan menggunakan sumbangan Tuan Puan sepenuhnya. Nak sampai ke tahap ini bukanlah senang tapi Allah SWT telah membantu memudahkan jalan kami dengan sumbangan dari Tuan Puan semua. Di sinilah kami salurkan sumbangan Tuan Puan supaya dapat kita dapat sama-sama menyediakan sebuah masjid untuk kegunaan komuniti Muslim di sini.

Melihat dari keadaan masjid ini, masih banyak yang perlu dilakukan. Namun kami pasti setelah siapnya masjid ini nanti ia akan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai ahli masyarakat Islam sekaligus membantu penerapan Islam dalam kehidupan harian mereka. Kelas-kelas agama akan dapat diadakan, program-program kerohanian juga dapat dilaksanakan kepada mereka sekaligus memberi peluang kepada generasi muda untuk mempelajari agama dari usia yang muda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *