IFtar komuniti moal boal

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

“Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Destinasi seterusnya adalah Daerah Moal Boal bagi menyampaikan hajat rakyat Malaysia yang budiman. Misi kami di Moal Boal ini adalah ingin bersama-sama meraikan suasana berbuka puasa dengan penduduk Mualaf di kawasan ini.

Sampai di situ kami disambut ramah oleh petugas-petugas dan juga sebahagian penduduk yang sedia menanti kedatangan kami. Persediaan berbuka dilakukan beramai-ramai sambil menunggu kedatangan penduduk yang lain. 

Alhamdulillah ramai yang dapat hadir ke majlis iftar ini. Daripada golongan datuk nenek sehinggalah ke golongan kanak-kanak. Semuanya gembira diraikan di bulan Ramadhan ini.

Menu yang dihidangkan adalah biasa sahaja iaitu nasi putih bersama ayam masak kicap, sedikit sayur,pangsit yang yang seakan-akan mee goreng dan juga air berserta kurma. Semua yang hadir gembira apabila diraikan dalam iftar yang ringkas bagi kita namun amat mewah bgi penduduk di Moal Boal ini.

Iftar di Moal Boal ini kita adakan di hadapan sebuah masjid yang sedang didirikan. Bangunan berbumbung hijau di dalam gambar tersebut merupakan sebuah masjid yang masih dalam proses pembinaan untuk kegunaan penduduk Muslim di situ. 

Penduduk si sini tidak mempunyai tempat ibadah yang sempurna. Masjid memang tidak ada. Jadi masjid yang akan disiapkan ini memberi harapan kepada mereka untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui pengajian-pengajian kelas agama oleh para ustaz dan ustazah di Moal Boal ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *