sanTUNI MUALAF DI JAVIER, LEYTE

Selesai di Moal Boal, pihak kami bergerak pula ke destinasi seterusnya iaitu di daerah Javier, Pulau Leyte. Di daerah ini terletaknya sebuah masjid yang dibina dengan hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada Ummah Care Malaysia. Masjid yang dinamakan Masjid Al-Hidayah ini dibina dalam masa tiga minggu sahaja. Biarpun belum sempurna sepenuhnya namun ianya kini sudah boleh digunakan oleh penduduk Islam setempat untuk beribadah.  

Program ini dimulakan dengan penerangan tentang Islam oleh Ustaz Aqil, seorang pendakwah dan juga guru agama di sana. Seterusnya adalah sesi syahadah bagi yang terbuka hati untuk memeluk Islam.

Program dilanjutkan dengan majlis iftar beramai-ramai bersama petugas dan juga penduduk Mualaf Muslim Javier. Iftar dengan nasi dan lauk yang ringkas namun mewah bagi mereka sambil diiringi oleh rintik hujan yang lebat ketika itu. Nasi itu sendiri sudah mewah bagi penduduk di sini kerana beras adalah mahal harganya. Kami menjamah menu yang sama sahaja bagi kesemua yang hadir ketika itu.

Program seterusnya adalah pemberian beras kepada penduduk. Sebanyak dua kilogram beras diagihkan kepada setiap penduduk yang hadir sebagai tanda meraikan mereka di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ianya juga adalah hasrat rakyat Malaysia yang prihatin yang sudi berkongsi rezeki bersama-sama saudara seagama mereka di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *