AIDIL ADHA 2026 DI CEBU,FILIPINA

“Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.” (22:28)

Aidil Adha 1447H/2026 memberi peluang sekali lagi kepada Ummah Care Malaysia untuk melaksanakan program Ibadah Qurban di Filipina. Program kali ini dilangsungkan di Badian, Moal Boal dan Dumanjug bersama komuniti Islam di petempatan tersebut. Kali ini ia bukan sekadar program qurban dan agihan daging sahaja, ia turut juga melibatkan program agihan tudung kepada para Mualaf Muslimah di kawasan terbabit.

Mengambil peluang ini juga team Ummah Care Malaysia dengan penglibatan beberapa rakan sukarelawan turut membuat agihan beras kepada para penduduk Muslim Mualaf di kawasan yang terlibat. Melalui program dan agihan seperti ini masyarakat Muslim Mualaf di sini dapat merasa dan menikmati daging halal yang sukar diperoleh di kawasan mereka.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *