misi disember 2023

BUMI CEBU, KAMI KEMBALI

Disember 2023, bulan terakhir tahun ini menyaksikan kedatangan semula kru Ummah Care Malaysia ke bumi Cebu. Kali ini misi kami adalah menyampaikan sumbangan dari Tuan Puan yang budiman dan meneruskan pemantauan pembinaan Masjid Al-Ummah Badian. Di samping itu akan turut direncanakan adalah serahan dana pembangunan terkumpul Masjid Al-Ummah, Badian untuk kelangsungan kerja-kerja pembinaan yang seterusnya.

Misi kami turut disertai oleh Penaung Ummah Care Malaysia iaitu Dato Dr. Razak yang setia ditemani oleh isteri, Datin Asriah.

Tuan Puan doakan segala urusan kami dipermudahkan Allah SWT.  Kami bawa sumbangan Tuan Puan untuk disampaikan kepada mereka. Ada yang bagi tudung, ada yang bagi telekung untuk bantu saudara kita di sana. 

Bantu mereka tutup aurat sebaiknya.

Bantu mereka jaga agama Islam dalam kehidupan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *