Tanggal 23 Februari 2024 bermulanya satu perjalanan panjang Ummah Care Malaysia ke bumi Filipina. Kali ini kami menjejakkan kaki di Manila sebelum berangkat ke Pulau Leyte. Ini adalah kali ketiga kami berada di pulau ini untuk berdakwah kepada penduduk di situ.
Perjalanan kali ini membawa satu hasrat yang besar iaitu ingin mengadakan kelas pengajian Al-Quran kepada saudara kita di kawasan tersebut. Mereka ini masih ramai yang tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik, bahkan ada yang masih tidak mengenal asas Al-Quran sebaiknya.
Di Daerah Mayorga ini sahaja, hanya tiga orang sahaja di kalangan mereka yang mampu membaca Al-Quran. Mereka ini terdiri daripada mualaf yang masih baru memeluk Islam.
Jadi misi kali ini membawa hasrat yang besar kepada komuniti Muslim di Kepulauan Cebu dan Leyte ini.
Tuan Puan doakan agar semuanya dipermudahkan Allah SWT. Nak membantu kami menaja mereka juga sangatlah digalakkan. Boleh salurkan sumbangan Tuan Puan kepada nombor akaun di bawah ini:
552095228394 MAYBANK
ATAS NAMA UMMAH CARE MALAYSIA
https://toyyibpay.com/Sumbangan-Dakwah-Filipina
https://toyyibpay.com/Sumbangan-Dakwah-Filipina
https://toyyibpay.com/Sumbangan-Dakwah-Filipina
