UCM

DAKWAH KEPADA ORANG SEKELILING

Kelas fardhu ain sedang dijalankan di Masjid Isa Ibnu Maryam, Pulau Camotes, selepas solat maghrib. Dakwah adalah tugas asasi bagi setiap umat Islam untuk menyeru, mengajak, menyampaikan dan memperkenalkan kepada manusia mengenai ajaran agama Islam. Dakwah juga boleh didefinisikan sebagai gerakan berterusan mengajak manusia ke jalan Allah SWT supaya mereka mendapat kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT: وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung”. (Surah Al-Imran: 104)

DAKWAH KEPADA ORANG SEKELILING Read More »

SYAWAL BULAN KEMENANGAN

Bulan Syawal merupakan bulan yang dinanti selepas berakhirnya Ramadhan. Semua umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri di bulan Syawal dengan kegembiraan. Aidilfitri adalah masa yang ditunggu untuk berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara. Ia merupakan simbol hari kemenangan apabila manusia berjaya menahan nafsu, mendidik jiwa, memperbaiki akhlak, serta memperkukuh hubungan dengan Allah SWT dan sesama makhluk. Persiapan menyambut Aidilfitri dilaksanakan sebaik mungkin. Pakaian dipastikan kemas dan cantik, juadah yang bakal dihidangkan untuk para tetamu akan disiapkan sebaiknya. Pada waktu seperti inilah kemeriahan raya akan menjadi lebih bermakna dengan kehadiran insan yang dinanti. Apa yang penting untuk dihayati adalah Aidilfitri bukan hanya ruang untuk meraikan kemeriahan luaran, tetapi juga detik untuk mensyukuri kemenangan rohani yang dicapai. Apa sahaja amalan murni yang diamalkan perlu diteruskan untuk hari dan bulan seterusnya, bukan sekadar di bulan Ramadhan sahaja.  Masyarakat Muslim bergambar kenangan selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Umm Bilal, Casoy, Toledo. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda: “Ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, mereka (penduduk Madinah) mempunyai dua hari yang mereka rayakan. Maka Baginda bersabda: Allah telah menggantikan dua hari tersebut dengan dua hari yang lebih baik, iaitu Hari Aidilfitri dan Hari Aidiladha.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, No. 1134 – Sahih) Hadis ini menjelaskan bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang diiktiraf dan disyariatkan dalam Islam sebagai ganti kepada perayaan yang tidak bersandarkan kepada tauhid. Maka, Aidilfitri adalah simbol kesyukuran, keimanan dan ketaatan setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan penuh.

SYAWAL BULAN KEMENANGAN Read More »

IFTAR DI MASJID AL-UMMAH, BADIAN, FILIPINA

Alhamdulillah 2 Mac 2026 bersamaan 12 Ramadhan 1447, satu Mass Iftar diadakan di Masjid al Ummah, Badian Cebu Filipina. Kurang lebih 100 mualaf terdiri dari para jiran dan penduduk kampung diselitkan dengan dakwah tentang makna Ramadhan, bagaimana cara berpuasa dengan betul dan kenapa umat Islam wajib berpuasa. Turut dilaksanakan adalah edaran seorang sekilo beras sebagai tanda ingatan. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang budiman atas kesudian berkongsi rezeki dengan para mualaf di sini. Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala yang berpanjangan dan rahmat kepada para penyumbang semua.  

IFTAR DI MASJID AL-UMMAH, BADIAN, FILIPINA Read More »

DAKWAH BIL HAL

Selesai solat Jumaat di Masjid Al-Mukmin, Toledo City, kami dihampiri oleh seorang pakcik tua. Menyampaikan hasrat untuk mengucapkan dua kalimah syahadah, kami menyambut baik dan penuh gembira akan niat murni pakcik ini. Syahadah pakcik ini dipimpin oleh Ustaz Nasir Zakaria, Presiden Ummah Care Malaysia sendiri. Sesudah sesi syahadah, satu pertemuan dan perbualan tercetus di antara kru Ummah Care Malaysia dan anak pakcik ini.Perbualan kami lebih kepada bagaimana ayah beliau boleh tertarik kepada Islam. Jawab si anak, beliau suami isteri sudah memeluk Islam tanpa pengetahuan ayah sejak sekian lama. Setiap kali Jumaat mereka akan keluar untuk solat Jumaat. Perkara ini menimbulkan kehairanan kepada pakcik tersebut. Kata anak pakcik itu lagi, “Pada hari ini, ayah saya berkeras nak ikut ke mana kami pergi setiap Jumaat. Tanpa kami sangka beliau datang dan mendengar khutbah. Terus tergerak hati memeluk Islam. “ Allahu Akbar. Allah Maha Besar. Sungguhlah bahawa dakwah itu ada banyak cara. Dakwah itu bukan dengan kata-kata sahaja. Perbuatan kita juga dakwah kepada orang lain. Semoga Allah SWT memberi ketetapan iman kepada mereka sekeluarga. amin https://ummahcaremalaysia.com/wp-content/uploads/2024/10/Seusai-solat-Jumaat-kami-dikejutkan-dengan-seorang-ahli-jemaah-yang-mahu-mengucapkan-dua-kalimah-syahadah.-Seorang-pakcik-tua-yang-tekun-mendengar.-By-Ummah.mp4 “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh, sambil berkata, Sesungguhnya aku daripada orang Islam.” surah Fussilat:33

DAKWAH BIL HAL Read More »

LANGKAH DAKWAH

Dari Pulau Camotes, langkah diatur untuk ke destinasi seterusnya melalui ke Danau Port. Dari Danau Port, Ustaz Nasir dan Ustaz Syarizan serta Ustaz Salim bergerak menaiki feri menuju ke Toledo City. Perjalanan kami menjadi sedikit terganggu apabila van yang dinaiki mengalami tayar pancit. Mujur juga pemandu van sangat cekap menukar tayar yang baru. Tiba di Toledo City, hari telah gelap. Kami disambut dan dibawa rumah penginapan. Sampai di sana, makanan malam telah siap dihidangkan. Perut yang lapar ditambah rasa keletihan sepanjang perjalanan menjadikan makanan lebih terasa kesedapannya. Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat kenyang yang diberikan Allah SWT kepada kami. Iqra’ di Toledo Jam 9 malam seusai solat dan melepaskan lelah, kursus Iqra’ dimulakan. Disertai oleh ketua-ketua pusat Islam Toledo kursus ini dimulakan dengan pengenalan dan pendedahan Teknik An-Nakawi kepada peserta yang hadir. Kemudian para peserta akan bersama-sama belajar membaca menggunakan kaedah ini seterusnya membaca secara individu bagi menilai tahap penguasaan teknik ini. Walaupun tidak semua yang hadir dapat membaca dengan baik namun kaedah ini membolehkan mereka mengingat asas bacaan Al-Quran dengan lebih baik. Ada yang masih merangkak lagi bacaannya. Tak apalah tuan puan. yang penting mereka ada usaha nak mendekati Al-Quran. Semoga dengan usaha mereka, Al-Quran akan lebih dekat dalam hati para Muslim di situ. InsyaAllah

LANGKAH DAKWAH Read More »

JEJAK DAKWAH FILIPINA 09/2024

22 SEPTEMBER 2024 – Misi Kemanusiaan dan Dakwah Filipina diteruskan lagi. Menjejakkan kali lagi sekali di bumi Filipina ini, Ummah Care Malaysia membawa hajat memantau perkembangan dakwah yang dilaksanakan oleh para ustaz dan daie di sana. Antara program lain yang akan turut dilaksanakan adalah program mass dakwah, lawatan ke komuniti Islam, perjumpaan bersama para ustaz dan Daie serta lawatan ke masjid-masjid yang sedang dibina dan tapak masjid baru. Lawatan juga akan diadakan ke daerah Badian bagi melihat sendiri perkembangan terkini pembinaan Kompleks Masjid Al-Ummah dan Maahad Tahfiz An-Nasiriyyah. Selain daripada itu, misi kali ini mengambil peluang untuk menganjurkan kelas pengajian asas Al-Quran melalui Kursus Iqra’ kepada para Mualaf Filipina ini di kawasan-kawasan yang dikunjungi. Program mass dakwah pula akan turut meliputi pengagihan tudung dan telekung kepada Mualaf Muslimat bagi mendedahkan mereka kepada amalan menutup aurat dalam kehidupan sebagai seorang Islam. Turut serta dalam rombongan kali ini adalah Dato’ Haji Mohd Rawi bin Abd Hamid dan Dato’ Mohd Sharizan bin Haji Abu selaku Jawatankuasa Antarabangsa Ummah Care Malaysia. Doakan semoga segala urusan kami berjalan lancar dan dapat mencapai segala tujuan yang dinyatakan. Semoga Allah SWT merahmati Tuan Puan atas segala usaha Tuan Puan membantu kami ini.

JEJAK DAKWAH FILIPINA 09/2024 Read More »

MASJID MAHMUDIAH, MOALBOAL

MASJID MAHMUDIAH, MOALBOAL Meneruskan agenda Misi Kemanusiaan dan Dakwah Filipina Siri 4/2024, kru Ummah Care Malaysia singgah ke destinasi seterusnya iaitu Moal Boal untuk melihat perkembangan pembinaan masjid di situ. Laluan untuk ke Masjid Moal Boal ini masih tidak sempurna namun ianya lebih baik daripada ziarah kami yang terdahulu.   Setibanya di situ, kami dapat melihat terdapat perkembangan yang baik mengenai masjid ini. Bahkan sudah ada aktiviti yang dapat dijalankan seperti solat Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Masjid yang dinamakan Masjid Mahmudiah ini sudah dilengkapi dengan kemudahan air yang diperoleh menggunakan telaga boring yang digali berhampiran masjid. Kos menyediakan telaga boring yang berkedalaman 60 meter ini menelan  jumlah hampir RM 25,000 keseluruhannya. Dengan adanya sumber air dari telaga ini, ia membantu menampung kegunaan penduduk sekitar daerah ini dengan lebih baik.   Meninjau sekeliling masjid, ada beberapa bahagian yang masih belum siap sepenuhnya namun proses pembinaan berjalan dengan lancar. Bahagian belakang masjid sudah didirikan dan sebahagian dindingnya sudah diplaster. Di bahagian kiri dan kanan masjid masih belum dilengkapi dengan pintu dan tingkap. Terdapat juga ruangan yang disediakan untuk para ustaz yang berkhidmat di situ. Menjengah ke ruang utama masjid, bahagian ini telah berjaya dilengkapi tile namun bahagian bumbung ruang tersebut belum dilengkapi dengan siling. Namun begitu aktiviti solat dan pengajian masih mampu dilaksanakan dengan sebaiknya.   Alhamdulillah banyak perkembangan positif mengenai pembinaan masjid ini. Justeru kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang tanah yang telah membeli seterusnya menyumbang untuk dijadikan sebuah masjid di kawasan ini. Tidak lupa juga kepada Yayasan Darul Ansarul Hadis serta beberapa penyumbang yang lain yang telah banyak membantu dalam pembinaan Masjid Mahmudiah di Moal Boal ini. ummah care malaysia Penghubung Kasih Ummah jom sedekah

MASJID MAHMUDIAH, MOALBOAL Read More »

ZIARAH MASJID JAMIAH PULAU HILANTAGAAN

ZIARAH MASJID JAMIAH PULAU HILANTAGAAN Perjalanan kru Ummah Care Malaysia seterusnya ke Pulau Hilantagaan bersama Datuk Dr. Abdul Razak bin Kechik yang turut mewakili Briged Bakti Malaysia (BBM). Turut bersama kami adalah Sister Safiyyah dan suami yang mewakili One Dakwah Foundation Inc. iaitu sebuah NGO Muslim di FIlipina.   Hasil perbualan kami bersama Sister Safiyyah, kami dimaklumkan bahawa penduduk Muslim di Pulau Hilantagaan ini sudah mencecah 4,000 orang. Alhamdulillah ianya satu perkembangan yang sangat baik berbanding ketika kali pertama kami tiba di situ pada tahun 2020. Jumlah penduduk Muslim hanya dalam linkungan 100 orang sahaja.   Setibanya di Pulau Hilantagaan, kru kami dibawa melawat ke Masjid Jamiah, sebuah masjid yang dibina pada tahun 2020 oleh rakyat Malaysia yang budiman. Masjid ini sudah dapat digunakan dengan sepenuhnya oleh penduduk Muslim di pulau ini.Segala aktiviti pengajian Islam dan kemasyarakatan dapat dilaksanakan di situ. Di persekitaran masjid ini terdapat dua buah rumah tamu, tandas lelaki dan tandas perempuan serta sebuah kantin untuk kegunaan para jemaah dan tetamu yang datang.   Kami dimaklumkan bahawa masjid ini mengalami masalah air berikutan sumber air yang hanya diperoleh dari tangki simpanan tidak mampu menampung keperluan yang ada. Tangki simpanan ini diperoleh hasil tadahan air hujan. Masalah air yang perlahan juga turut membebankan para penduduk Muslim di sini.   Dalam lawatan kami kali ini, kru Ummah Care Malaysia berpeluang bertemu Daie Mokhtar, seorang pendakwah bebas di pulau ini yang tinggal di situ. Pertemuan terasa rancak kerana Daie Mokhtar mampu bertutur dalam Bahasa Melayu walaupun tidak fasih sepenuhnya. ummah care malaysia Penghubung Kasih Ummah jom sedekah

ZIARAH MASJID JAMIAH PULAU HILANTAGAAN Read More »

LAWATAN KE MASJID ANAPOG, BARANGAY ANAPOG

LAWATAN KE MASJID ANAPOG, BARANGAY ANAPOG Selesai sudah agenda melawat tapak cadangan pusat pembangunan ekonomi di Leyte, kru Ummah Care Malaysia bergerak untuk melihat progress pembinaan Masjid Anapog ataupun Pusat Islam Anapog yang terletak di Barangay Anapog, di perbandaran San Remigio, Cebu, Filipina. Masjid ini dibeli dengan harga 700,000 peso bersamaan RM 60,000. Kos membina masjid ini adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin dengan keadaan Muslim di daerah ini.   Alhamdulillah proses pembinaan masjid ini berjalan dengan lancar setakat ini. Bagi membantu ekonomi penduduk Islam di sini, bangunan kedai akan turut dibangunkan di bahagian garaj masjid sebagai sumber ekonomi penduduk Islam di sini.   Doakan semua urusan pembinaan masjid ini dan juga semua urusan kami dipermudahkan oleh Allah SWT. ummah care malaysia Penghubung Kasih Ummah jom sedekah

LAWATAN KE MASJID ANAPOG, BARANGAY ANAPOG Read More »