UCM

PENCARIAN TAPAK PEMBANGUNAN EKONOMI LEYTE (PART 1)

PENCARIAN TAPAK PEMBANGUNAN EKONOMI LEYTE (PART 1) Keberadaan kru Ummah Care Malaysia di Pulau Leyte memberi satu kesempatan untuk meninjau beberapa tapak cadangan untuk dijadikan pusat pembangunan ekonomi Muslim di situ. Ianya merupakan antara matlamat penting bagi membantu kestabilan perkembangan Islam di kepulauan ini untuk jangka masa yang panjang.   Sesi lawatan tapak tanah kali ini ditemani oleh Saudara Aqil iaitu Presiden One Dakwah Foundation Leyte. Kawasan tanah yang dicadangkan ini adalah sangat strategik kerana merupakan satu kawasan yang landai berkeluasan 8 hektar. Namun pemilik tanah ini ingin menambah lagi keluasan tersebut sebanyak 2.5 hektar menjadikan jumlah keseluruhan tapak tanah adalah sebanyak 10.5 hektar.   Di kepulauan Leyte ini kawasan landai agak sukar diperolehi kerana faktor geografinya yang berbukit. Oleh itu lokasi ini merupakan satu pilihan yang baik . Dengan keluasan dan faktor muka bumi di situ ianya amat membantu untuk dijadikan kawasan petempatan dan pusat pembangunan ekonomi Muslim setempat. ummah care malaysia Penghubung Kasih Ummah jom sedekah

PENCARIAN TAPAK PEMBANGUNAN EKONOMI LEYTE (PART 1) Read More »

PERKEMBANGAN SURAU CARIGARA

PERKEMBANGAN SURAU CARIGARA Tuan-tuan dan Puan yang dirahmati Allah, Ingat lagi tentang kisah sebuah surau yang bakal diambil semula oleh pemiliknya di Carigara? Boleh baca kisah ni di link ini https://ummahcaremalaysia.com/2024/04/18/caribara/ Hari ini kami akan kongsikan perkembangan projek pembinaan surau baru di daerah Carigara ini. Perjalanan kami di bumi FIlipina bermula di Kepulauan Leyte. Kami menuju ke Daerah Carigara bagi melihat perkembangan sebuah surau yang dibaik pulih dan ditambah binaannya bagi menggantikan surau yang digunakan sebelum ini. Kesibukan jadual perjalanan menyebabkan kami tiba di situ pada malam hari. Lebih tepat lagi di awal pagi jam 1:40 pagi. Masa yang singkat kali ini tidak membenarkan kami untuk berlengah-lengah dalam aturan aktiviti harian ini. Menurut makluman Bro Mahmud, pembinaan surau ini telah dimulakan sejak 7 hari yang lalu. Struktur binaan mula kelihatan walaupun tidak sepenuhnya. Keadaan luaran gelap tanpa pemasangan lampu menyebabkan kami hanya bergantung kepada cahaya lampu suluh untuk melihat persekitaran pembinaan. Di bahagian dalam ruangan dapur surau ini, kami dimaklumkan bahawa struktur bumbung akan dinaikkan supaya menjadi lebih luas. Kawasan tersebut akan dijadikan ruang solat Muslimat manakala di sebelahnya adalah kawasan Muslimin. Melihat kepada perkembangan pembinaan surau ini, kami berasa sangat teruja. Surau ini dibina dengan hasil sumbangan Tuan Puan kepada Ummah Care Malaysia. Doakan segala urusan ini berjalan lancar supaya ia dapat memberi manfaat kepada penduduk Muslim di situ. ummah care malaysia Penghubung Kasih Ummah jom sedekah

PERKEMBANGAN SURAU CARIGARA Read More »

SAHABAT MUSAFIR IORM

SAHABAT MUSAFIR IORM Perjalanan musafir kami ke Daniel Z. Romualdez, Tacloban memberi peluang untuk transit di Ninoy Aquino International Airport, Manila sekaligus dapat bertemu dengan seorang sahabat baru kami ini, Sabar Abd Jalil. Saudara Sabar Abd Jalil merupakan seorang pendakwah dan juga Presiden sebuah pertubuhan NGO Muslim iaitu Islam The Original Religion of Mankind Inc. (IORM) yang berpusat di Rahimah Dakwah Center. Beliau yang juga seorang Mualaf Muslim yang aktif menganjurkan aktiviti dakwah melalui program Caravan Dakwah. Pertemuan ini memberi satu perspektif baru kepada pergerakan dakwah Ummah Care Malaysia. Kami doakan semoga segala aktiviti IORM diberi kelancaran dan diberkati Allah SWT. ummah care malaysia Penghubung Kasih Ummah jom sedekah

SAHABAT MUSAFIR IORM Read More »

MISI KEMANUSIAAN DAN DAKWAH FILIPINA SIRI 4/2024

MISI KEMANUSIAAN DAN DAKWAH FILIPINA SIRI 4/2024 April 2024 menyaksikan sekali lagi perjalanan Ummah Care Malaysia ke Filipina. Berbanding misi sebelum ini, tempoh perjalanan kami kali ini lebih singkat. Tujuan misi ditumpukan lebih kepada pemantauan projek-projek yang sedang dilaksanakan pada ketika ini. Perjalanan misi bermula dari Kuala Lumpur International Airport dan dijangka akan tiba di Daniel Z. Romualdez Airport, Tacloban pada jam 2 petang. Kru Ummah Care Malaysia diwakili oleh Penaung, Dr. Abdul Razak bin Kechik dan Presiden, Ustaz Nasir bin Zakaria serta Encik Ahmad Mohamad Afandi bin Ahmad Shamsuddin. Doakan agar misi ini diberkati Allah SWT dan diberi kelancaran urusan sepanjang masa. ummah care malaysia Penghubung Kasih Ummah jom sedekah

MISI KEMANUSIAAN DAN DAKWAH FILIPINA SIRI 4/2024 Read More »

ibadah korban pulau cebu, filipina

ibadah korban pulau cebu, filipina Perutusan Dari SS Dato Paduka Mufti Kedah https://ummahcaremalaysia.com/wp-content/uploads/2024/05/Untitled-design-2.mp4 Ustaz nasir zakaria, presiden ummah care malaysia Mualaf Islam Filipina merayu kepada kita semua dan panggilan rayuan kepada kita Rakyat Malaysia. Assalamualaikum, saya Ustaz Nasir Zakaria, Presiden Ummah Care Malaysia menerima rayuan dan permintaan daripada saudara saudara mualaf khususnya Pulau Cebu, Filipina dan saya tidak sanggup untuk mengetepikan rayuan mereka untuk kita mengadakan ibadah korban di tempat mereka. Korban yang kita lakukan di masjid-masjid dan pusat-pusat Islam kita di sana adalah kesinambungan daripada program dakwah yang dilakukan oleh Ummah Care Malaysia dengan kolaborasi dengan Briged Bakti Malaysia dan rakan-rakan NGO yang lain. Mereka sangat memerlukan korban ini kerana akses kepada daging halal adalah sesuatu yang sangat sukar kerana Filipina bukanlah negara Islam. Lagipun harga daging adalah mahal dan kebanyakan mereka adalah golongan miskin dan memerlukan.. Program korban yang dikendalikan oleh Ummah Care Malaysia di Filipina adalah sangat Istimewa kerana ia adalah korban yang berkonsepkan dakwah. Penerima daging termasuk masyarakat bukan Islam yang berminat mengetahui maklumat tentang Islam. Para penerima daging juga akan turut menerima beras dan penerima wanita Muslimah akan juga menerima tudung dan pakaian yang menutup aurat. PILIH PROGRAM KORBAN Majlis korban yang dilakukan juga akan disertai dengan program penerangan mengenai Islam yang akan disampaikan oleh para pendakwah dan ustaz kami. Apabila golongan mualaf ini merayu kepada kami, maka menjadi tanggungjawab kami untuk memanjangkan rayuan ini kepada tuan puan yang Budiman. Bantulah kami untuk memenuhi hajat mereka mendapatkan daging korban yang halal untuk mereka dan keluarga mereka. Kami merancang untuk memberikan kepada setiap keluarga sebanyak 2kg daging halal bersama-sama dengan 2kg beras sebagai sumbangan korban kepada mereka. Untuk merealisasikan perkara ini, kami memerlukan sebanyak 200 ekor lembu atau 1400 bahagian korban. Kami amat berharap program korban tahun kelima Ummah Care Malaysia akan memanfaatkan banyak golongan mualaf dan Masyarakat yang berminat mengetahui tentang Islam. pilih program korban 1 EKOR KAMBING RM600/SEEKOR KAMBING sertai program korban 1 EKOR LEMBU RM4340/SEEKOR LEMBU sertai program korban 1 BAHAGIAN RM620/BAHAGIAN sertai program korban

ibadah korban pulau cebu, filipina Read More »

cariGara

Perjalanan ke Daerah Carigara diteruskan atas dasar memenuhi hajat seorang saudara seagama yang bersungguh-sungguh ingin berjumpa dengan wakil Ummah Care Malaysia. Perjalanan sejauh satu jam ini membawa kami bertemu dengan Saudara Mahmud, seorang mualaf yang berhajat besar dalam kerja dakwah Islam ini. Pertemuan di sebuah surau yang disewakan ini memberi satu cerita baru kepada kami. Kami berbual-bual seketika sebelum menunaikan ibadah solat jamak di surau tersebut.  Seusai bersolat, saudara Mahmud mula membuka cerita. Menurutnya surau ini diguna secara sewaan untuk kegunaan masyarakat Muslim di situ. Namun mendukacitakan kerana ianya akan diambil semula oleh pemiliknya. Oleh kerana itu, saudara Mahmud dengan rela menawarkan kediamannya sendiri sebagai alternatif untuk dijadikan tempat solat. Kediamannya sendiri ini memang digunakan sebagai tempat solat sebelum ini tetapi terpaksa ditukar ke tempat lain kerana terdapat kebocoran pada atap bumbung dan memerlukan kos tinggi untuk diperbaiki. Kami meninjau kawasan sekeliling dan mendapati ada beberapa kawasan yang dapat ditambahbaik dan dibina untuk dijadikan tempat solat bagi masyarakat Muslim di situ. InsyaAllah Tuan Puan, Kita bantu sebaik yang boleh. Nak berjanji adalah sesuatu yang tidak pastu namun kami akan cuba usahakan mengumpul dana bagi tujuan tersebut. Semoga Allah SWT permudahkan urusan kami dan hasrat saudara Mahmud sebaiknya. InsyaAllah.

cariGara Read More »

PERKEMBANGAN MASJID AL-UMMAH

Setiap kali menjejakkan kaki di bumi Filipina ini, pastinya team kami tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di daerah Badian ini bagi melihat perkembangan pembinaan masjid untuk masyarakat Muslim di sini. Masjid Al-Ummah ini sudah 70 peratus berjaya disiapkan. Walaupun ada banyak yang perlu disiapkan namun sedikit sebanyak kami dan juga mereka berasa bangga dan terharu kerana ia sudah dapat digunakan. Ramadhan  lalu menyaksikan masyarakat Islam di Badian ini dapat berbuka puasa dan juga solat berjemaah di masjid ini walaupun belum siap sepenuhnya. Bukan itu sahaja Solat Hari Raya Aidilfitri juga telah dapat diadakan di sini.  Untuk pengetahuan Tuan Puan yang dikasihi Allah SWT sekalian, Masjid ni dibina dengan menggunakan sumbangan Tuan Puan sepenuhnya. Nak sampai ke tahap ini bukanlah senang tapi Allah SWT telah membantu memudahkan jalan kami dengan sumbangan dari Tuan Puan semua. Di sinilah kami salurkan sumbangan Tuan Puan supaya dapat kita dapat sama-sama menyediakan sebuah masjid untuk kegunaan komuniti Muslim di sini. Melihat dari keadaan masjid ini, masih banyak yang perlu dilakukan. Namun kami pasti setelah siapnya masjid ini nanti ia akan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai ahli masyarakat Islam sekaligus membantu penerapan Islam dalam kehidupan harian mereka. Kelas-kelas agama akan dapat diadakan, program-program kerohanian juga dapat dilaksanakan kepada mereka sekaligus memberi peluang kepada generasi muda untuk mempelajari agama dari usia yang muda.

PERKEMBANGAN MASJID AL-UMMAH Read More »

MASJID PINK KELIMA DUNIA

ALHAMDULILLAH SYUKUR!!! Ramadhan 1445H menyaksikan program pertama Ummah Care Malaysia di masjid Pusat Ilmu Kuala Pai, Kampung Kuala Pai, Kuala Nerang, Kedah.  Program ini diadakan dengan hasrat meraikan para asnaf sekitar Padang Terap dan juga anak-anak tahfiz di Akademi Al-Quran dan Dakwah Ummah (AQDU). Para asnaf ini diraikan dengan penyerahan barangan keperluan asas dengan harapan ianya dapat membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup masa kini.  Majlis penyerahan barangan keperluan asas ini dimulakan pada pukul 5 petang dengan kehadiran penerima sumbangan. Seterusnya masjlis dilanjutkan dengan ucapan Presiden Ummah Care Malaysia, Ustaz Haji Mohd Nasir bin Zakaria dan juga Haji Yunus bin Sultan selaku pewakaf tanah Kompleks Warga Emas Baitun Nur. Selanjutnya program ini diteruskan dengan penyampaian barangan sumbangan keperluan asas kepada para penduduk asnaf yang layak. Hampir 100 orang penerima asnaf hadir ke program ini bagi menerima sumbangan barangan tersebut. Usai sesi penyampaian barangan sumbangan tersebut, program diteruskan dengan sesi iftar bersama-sama dengan kesemua yang hadir.  Alhamdulillah walaupun hujan turun lebat di awal majlis, namun majlis berjalan lancar dan jayanya. Anak-anak tahfiz dirai dengan menu yang sederhana namun menyelerakan. Alhamdulillah masjid ini berjaya dihidupkan dengan program ini, program pertama di masjid yang dihiaskan cat pink sekaligus menjadi masjid pink kelima di dunia selepas masjid Pink di Filipina. Semoga masjid ini berjaya dihidupkan dan memberi manfaat kepada semua terutama penghuni Pusat Ilmu Kuala Pai dan juga penduduk setempat.

MASJID PINK KELIMA DUNIA Read More »

sanTUNI MUALAF DI JAVIER, LEYTE

Selesai di Moal Boal, pihak kami bergerak pula ke destinasi seterusnya iaitu di daerah Javier, Pulau Leyte. Di daerah ini terletaknya sebuah masjid yang dibina dengan hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada Ummah Care Malaysia. Masjid yang dinamakan Masjid Al-Hidayah ini dibina dalam masa tiga minggu sahaja. Biarpun belum sempurna sepenuhnya namun ianya kini sudah boleh digunakan oleh penduduk Islam setempat untuk beribadah.   Program ini dimulakan dengan penerangan tentang Islam oleh Ustaz Aqil, seorang pendakwah dan juga guru agama di sana. Seterusnya adalah sesi syahadah bagi yang terbuka hati untuk memeluk Islam. Program dilanjutkan dengan majlis iftar beramai-ramai bersama petugas dan juga penduduk Mualaf Muslim Javier. Iftar dengan nasi dan lauk yang ringkas namun mewah bagi mereka sambil diiringi oleh rintik hujan yang lebat ketika itu. Nasi itu sendiri sudah mewah bagi penduduk di sini kerana beras adalah mahal harganya. Kami menjamah menu yang sama sahaja bagi kesemua yang hadir ketika itu. Program seterusnya adalah pemberian beras kepada penduduk. Sebanyak dua kilogram beras diagihkan kepada setiap penduduk yang hadir sebagai tanda meraikan mereka di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ianya juga adalah hasrat rakyat Malaysia yang prihatin yang sudi berkongsi rezeki bersama-sama saudara seagama mereka di sini.

sanTUNI MUALAF DI JAVIER, LEYTE Read More »

IFtar komuniti moal boal

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi) Destinasi seterusnya adalah Daerah Moal Boal bagi menyampaikan hajat rakyat Malaysia yang budiman. Misi kami di Moal Boal ini adalah ingin bersama-sama meraikan suasana berbuka puasa dengan penduduk Mualaf di kawasan ini. Sampai di situ kami disambut ramah oleh petugas-petugas dan juga sebahagian penduduk yang sedia menanti kedatangan kami. Persediaan berbuka dilakukan beramai-ramai sambil menunggu kedatangan penduduk yang lain.  Alhamdulillah ramai yang dapat hadir ke majlis iftar ini. Daripada golongan datuk nenek sehinggalah ke golongan kanak-kanak. Semuanya gembira diraikan di bulan Ramadhan ini. Menu yang dihidangkan adalah biasa sahaja iaitu nasi putih bersama ayam masak kicap, sedikit sayur,pangsit yang yang seakan-akan mee goreng dan juga air berserta kurma. Semua yang hadir gembira apabila diraikan dalam iftar yang ringkas bagi kita namun amat mewah bgi penduduk di Moal Boal ini. Iftar di Moal Boal ini kita adakan di hadapan sebuah masjid yang sedang didirikan. Bangunan berbumbung hijau di dalam gambar tersebut merupakan sebuah masjid yang masih dalam proses pembinaan untuk kegunaan penduduk Muslim di situ.  Penduduk si sini tidak mempunyai tempat ibadah yang sempurna. Masjid memang tidak ada. Jadi masjid yang akan disiapkan ini memberi harapan kepada mereka untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui pengajian-pengajian kelas agama oleh para ustaz dan ustazah di Moal Boal ini.

IFtar komuniti moal boal Read More »