UCM

ibadah korban pulau cebu, filipina

ibadah korban pulau cebu, filipina Perutusan Dari SS Dato Paduka Mufti Kedah https://ummahcaremalaysia.com/wp-content/uploads/2024/05/Untitled-design-2.mp4 Ustaz nasir zakaria, presiden ummah care malaysia Mualaf Islam Filipina merayu kepada kita semua dan panggilan rayuan kepada kita Rakyat Malaysia. Assalamualaikum, saya Ustaz Nasir Zakaria, Presiden Ummah Care Malaysia menerima rayuan dan permintaan daripada saudara saudara mualaf khususnya Pulau Cebu, Filipina dan saya tidak sanggup untuk mengetepikan rayuan mereka untuk kita mengadakan ibadah korban di tempat mereka. Korban yang kita lakukan di masjid-masjid dan pusat-pusat Islam kita di sana adalah kesinambungan daripada program dakwah yang dilakukan oleh Ummah Care Malaysia dengan kolaborasi dengan Briged Bakti Malaysia dan rakan-rakan NGO yang lain. Mereka sangat memerlukan korban ini kerana akses kepada daging halal adalah sesuatu yang sangat sukar kerana Filipina bukanlah negara Islam. Lagipun harga daging adalah mahal dan kebanyakan mereka adalah golongan miskin dan memerlukan.. Program korban yang dikendalikan oleh Ummah Care Malaysia di Filipina adalah sangat Istimewa kerana ia adalah korban yang berkonsepkan dakwah. Penerima daging termasuk masyarakat bukan Islam yang berminat mengetahui maklumat tentang Islam. Para penerima daging juga akan turut menerima beras dan penerima wanita Muslimah akan juga menerima tudung dan pakaian yang menutup aurat. PILIH PROGRAM KORBAN Majlis korban yang dilakukan juga akan disertai dengan program penerangan mengenai Islam yang akan disampaikan oleh para pendakwah dan ustaz kami. Apabila golongan mualaf ini merayu kepada kami, maka menjadi tanggungjawab kami untuk memanjangkan rayuan ini kepada tuan puan yang Budiman. Bantulah kami untuk memenuhi hajat mereka mendapatkan daging korban yang halal untuk mereka dan keluarga mereka. Kami merancang untuk memberikan kepada setiap keluarga sebanyak 2kg daging halal bersama-sama dengan 2kg beras sebagai sumbangan korban kepada mereka. Untuk merealisasikan perkara ini, kami memerlukan sebanyak 200 ekor lembu atau 1400 bahagian korban. Kami amat berharap program korban tahun kelima Ummah Care Malaysia akan memanfaatkan banyak golongan mualaf dan Masyarakat yang berminat mengetahui tentang Islam. pilih program korban 1 EKOR KAMBING RM600/SEEKOR KAMBING sertai program korban 1 EKOR LEMBU RM4340/SEEKOR LEMBU sertai program korban 1 BAHAGIAN RM620/BAHAGIAN sertai program korban

ibadah korban pulau cebu, filipina Read More »

cariGara

Perjalanan ke Daerah Carigara diteruskan atas dasar memenuhi hajat seorang saudara seagama yang bersungguh-sungguh ingin berjumpa dengan wakil Ummah Care Malaysia. Perjalanan sejauh satu jam ini membawa kami bertemu dengan Saudara Mahmud, seorang mualaf yang berhajat besar dalam kerja dakwah Islam ini. Pertemuan di sebuah surau yang disewakan ini memberi satu cerita baru kepada kami. Kami berbual-bual seketika sebelum menunaikan ibadah solat jamak di surau tersebut.  Seusai bersolat, saudara Mahmud mula membuka cerita. Menurutnya surau ini diguna secara sewaan untuk kegunaan masyarakat Muslim di situ. Namun mendukacitakan kerana ianya akan diambil semula oleh pemiliknya. Oleh kerana itu, saudara Mahmud dengan rela menawarkan kediamannya sendiri sebagai alternatif untuk dijadikan tempat solat. Kediamannya sendiri ini memang digunakan sebagai tempat solat sebelum ini tetapi terpaksa ditukar ke tempat lain kerana terdapat kebocoran pada atap bumbung dan memerlukan kos tinggi untuk diperbaiki. Kami meninjau kawasan sekeliling dan mendapati ada beberapa kawasan yang dapat ditambahbaik dan dibina untuk dijadikan tempat solat bagi masyarakat Muslim di situ. InsyaAllah Tuan Puan, Kita bantu sebaik yang boleh. Nak berjanji adalah sesuatu yang tidak pastu namun kami akan cuba usahakan mengumpul dana bagi tujuan tersebut. Semoga Allah SWT permudahkan urusan kami dan hasrat saudara Mahmud sebaiknya. InsyaAllah.

cariGara Read More »

PERKEMBANGAN MASJID AL-UMMAH

Setiap kali menjejakkan kaki di bumi Filipina ini, pastinya team kami tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di daerah Badian ini bagi melihat perkembangan pembinaan masjid untuk masyarakat Muslim di sini. Masjid Al-Ummah ini sudah 70 peratus berjaya disiapkan. Walaupun ada banyak yang perlu disiapkan namun sedikit sebanyak kami dan juga mereka berasa bangga dan terharu kerana ia sudah dapat digunakan. Ramadhan  lalu menyaksikan masyarakat Islam di Badian ini dapat berbuka puasa dan juga solat berjemaah di masjid ini walaupun belum siap sepenuhnya. Bukan itu sahaja Solat Hari Raya Aidilfitri juga telah dapat diadakan di sini.  Untuk pengetahuan Tuan Puan yang dikasihi Allah SWT sekalian, Masjid ni dibina dengan menggunakan sumbangan Tuan Puan sepenuhnya. Nak sampai ke tahap ini bukanlah senang tapi Allah SWT telah membantu memudahkan jalan kami dengan sumbangan dari Tuan Puan semua. Di sinilah kami salurkan sumbangan Tuan Puan supaya dapat kita dapat sama-sama menyediakan sebuah masjid untuk kegunaan komuniti Muslim di sini. Melihat dari keadaan masjid ini, masih banyak yang perlu dilakukan. Namun kami pasti setelah siapnya masjid ini nanti ia akan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai ahli masyarakat Islam sekaligus membantu penerapan Islam dalam kehidupan harian mereka. Kelas-kelas agama akan dapat diadakan, program-program kerohanian juga dapat dilaksanakan kepada mereka sekaligus memberi peluang kepada generasi muda untuk mempelajari agama dari usia yang muda.

PERKEMBANGAN MASJID AL-UMMAH Read More »

MASJID PINK KELIMA DUNIA

ALHAMDULILLAH SYUKUR!!! Ramadhan 1445H menyaksikan program pertama Ummah Care Malaysia di masjid Pusat Ilmu Kuala Pai, Kampung Kuala Pai, Kuala Nerang, Kedah.  Program ini diadakan dengan hasrat meraikan para asnaf sekitar Padang Terap dan juga anak-anak tahfiz di Akademi Al-Quran dan Dakwah Ummah (AQDU). Para asnaf ini diraikan dengan penyerahan barangan keperluan asas dengan harapan ianya dapat membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup masa kini.  Majlis penyerahan barangan keperluan asas ini dimulakan pada pukul 5 petang dengan kehadiran penerima sumbangan. Seterusnya masjlis dilanjutkan dengan ucapan Presiden Ummah Care Malaysia, Ustaz Haji Mohd Nasir bin Zakaria dan juga Haji Yunus bin Sultan selaku pewakaf tanah Kompleks Warga Emas Baitun Nur. Selanjutnya program ini diteruskan dengan penyampaian barangan sumbangan keperluan asas kepada para penduduk asnaf yang layak. Hampir 100 orang penerima asnaf hadir ke program ini bagi menerima sumbangan barangan tersebut. Usai sesi penyampaian barangan sumbangan tersebut, program diteruskan dengan sesi iftar bersama-sama dengan kesemua yang hadir.  Alhamdulillah walaupun hujan turun lebat di awal majlis, namun majlis berjalan lancar dan jayanya. Anak-anak tahfiz dirai dengan menu yang sederhana namun menyelerakan. Alhamdulillah masjid ini berjaya dihidupkan dengan program ini, program pertama di masjid yang dihiaskan cat pink sekaligus menjadi masjid pink kelima di dunia selepas masjid Pink di Filipina. Semoga masjid ini berjaya dihidupkan dan memberi manfaat kepada semua terutama penghuni Pusat Ilmu Kuala Pai dan juga penduduk setempat.

MASJID PINK KELIMA DUNIA Read More »

sanTUNI MUALAF DI JAVIER, LEYTE

Selesai di Moal Boal, pihak kami bergerak pula ke destinasi seterusnya iaitu di daerah Javier, Pulau Leyte. Di daerah ini terletaknya sebuah masjid yang dibina dengan hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada Ummah Care Malaysia. Masjid yang dinamakan Masjid Al-Hidayah ini dibina dalam masa tiga minggu sahaja. Biarpun belum sempurna sepenuhnya namun ianya kini sudah boleh digunakan oleh penduduk Islam setempat untuk beribadah.   Program ini dimulakan dengan penerangan tentang Islam oleh Ustaz Aqil, seorang pendakwah dan juga guru agama di sana. Seterusnya adalah sesi syahadah bagi yang terbuka hati untuk memeluk Islam. Program dilanjutkan dengan majlis iftar beramai-ramai bersama petugas dan juga penduduk Mualaf Muslim Javier. Iftar dengan nasi dan lauk yang ringkas namun mewah bagi mereka sambil diiringi oleh rintik hujan yang lebat ketika itu. Nasi itu sendiri sudah mewah bagi penduduk di sini kerana beras adalah mahal harganya. Kami menjamah menu yang sama sahaja bagi kesemua yang hadir ketika itu. Program seterusnya adalah pemberian beras kepada penduduk. Sebanyak dua kilogram beras diagihkan kepada setiap penduduk yang hadir sebagai tanda meraikan mereka di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ianya juga adalah hasrat rakyat Malaysia yang prihatin yang sudi berkongsi rezeki bersama-sama saudara seagama mereka di sini.

sanTUNI MUALAF DI JAVIER, LEYTE Read More »

IFtar komuniti moal boal

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi) Destinasi seterusnya adalah Daerah Moal Boal bagi menyampaikan hajat rakyat Malaysia yang budiman. Misi kami di Moal Boal ini adalah ingin bersama-sama meraikan suasana berbuka puasa dengan penduduk Mualaf di kawasan ini. Sampai di situ kami disambut ramah oleh petugas-petugas dan juga sebahagian penduduk yang sedia menanti kedatangan kami. Persediaan berbuka dilakukan beramai-ramai sambil menunggu kedatangan penduduk yang lain.  Alhamdulillah ramai yang dapat hadir ke majlis iftar ini. Daripada golongan datuk nenek sehinggalah ke golongan kanak-kanak. Semuanya gembira diraikan di bulan Ramadhan ini. Menu yang dihidangkan adalah biasa sahaja iaitu nasi putih bersama ayam masak kicap, sedikit sayur,pangsit yang yang seakan-akan mee goreng dan juga air berserta kurma. Semua yang hadir gembira apabila diraikan dalam iftar yang ringkas bagi kita namun amat mewah bgi penduduk di Moal Boal ini. Iftar di Moal Boal ini kita adakan di hadapan sebuah masjid yang sedang didirikan. Bangunan berbumbung hijau di dalam gambar tersebut merupakan sebuah masjid yang masih dalam proses pembinaan untuk kegunaan penduduk Muslim di situ.  Penduduk si sini tidak mempunyai tempat ibadah yang sempurna. Masjid memang tidak ada. Jadi masjid yang akan disiapkan ini memberi harapan kepada mereka untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui pengajian-pengajian kelas agama oleh para ustaz dan ustazah di Moal Boal ini.

IFtar komuniti moal boal Read More »

LEYTE:PUASA DAN IFTAR 2024

Tanggal 13 Ramadhan 1445H bersamaan 24 Mac 2024, Ummah Care Malaysia sekali lagi kembali ke bumi Cebu di Filipina untuk misi kemanusiaan seterusnya. Kali ini membawa hasrat besar dari rakyat Malaysia yang ingin menganjurkan program iftar kepada mualaf di Filipina ini. Setibanya di Cebu, kru Ummah Care Malaysia yang diwakili oleh Ustaz Nasir Zakaria (Presiden) dan Dato Dr Abdul Razak Kechik (Penaung) melepaskan lelah di Rahmaniyyah islamic Center sebelum bergerak ke lokasi seterusnya. Perjalanan ke Cebu melalui sebuah jambatan panjang yang seakan-akan Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan Pulau Lapu-lapu dan Pulau Cebu. Seusai berehat dan melepaskan lelah di Pusat Islam Rahmaniyyah ini, kami bergerak ke satu destinasi di mana terletaknya sebidang tanah yang ingin diwakafkan ke jalan Islam.  Demi niat membantu saudara Islam yang lain, seorang Mualaf ini telah mewakafkan tanah miliknya untuk dijadikan tempat ibadah bagi masyarakat Islam di situ. Tanah tersebut adalah tanah yang diwarisi dari datuknya.  Menurut pemilik tanah ini, beliau hanya mahukan 1/4 sahaja dari keluasan tanah tersebut untuk petempatan rumah beliau dan juga penjaganya. Selebihnya digunakan untuk tujuan membina masjid di situ. Alhamdulillah murninya hati mualaf di sini. Kerja-kerja dakwah yang dilaksanakan di sana telah membuka pintu hatinya untuk terlibat dalam usaha dakwah ini dengan caranya sendiri. https://www.tiktok.com/@ummahcaremalaysia/video/7350181876277038344?  

LEYTE:PUASA DAN IFTAR 2024 Read More »

IQRA’: BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKANMU

Alhamdulillah kelas pengajian asas Al-Quran menggunakan kaedah Iqra’ Rahmah An-Nakawi mula dijalankan di beberapa tempat seperti yang dirancang. Kelas ini diadakan kepada penduduk Mualaf untuk mengajar mereka lebih dekat dengan Al-Quran.  Lokasi mula kelas Iqra ini bertempat di Daerah Kawayan, Biliran, Pulau Leyte. Alhamdulillah rata-rata yang hadir bukan sahaja dari golongan tua bahkan juga golongan muda. Ada juga yang datang dari jauh semata-mata ingin mempelajari asas Al-Quran ini. Mereka ini masih merangkak sebutan dan bacaannya namun jelas di wajah mereka kesungguhan mendalami ilmu ini demi membaca Al-Quran dengan lebih baik. Doakan mereka supaya diberi kelancaran lidah dan diterangkan hati untuk mempelajari Al-Quran dan mengamalkan di dalam kehidupan. Mudah-mudahan mereka dapat menyebarkan kepada yang lain juga. 

IQRA’: BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKANMU Read More »

MISI KEMANUSIAAN DAN DAKWAH 02/2024

Tanggal 23 Februari 2024 bermulanya satu perjalanan panjang Ummah Care Malaysia ke bumi Filipina. Kali ini kami menjejakkan kaki di Manila sebelum berangkat ke Pulau Leyte. Ini adalah kali ketiga kami berada di pulau ini untuk berdakwah kepada penduduk di situ. Perjalanan kali ini membawa satu hasrat yang besar iaitu ingin mengadakan kelas pengajian Al-Quran kepada saudara kita di kawasan tersebut. Mereka ini masih ramai yang tidak mampu membaca Al-Quran dengan baik, bahkan ada yang  masih tidak mengenal asas Al-Quran sebaiknya. Di Daerah Mayorga ini sahaja, hanya tiga orang sahaja di kalangan mereka yang mampu membaca Al-Quran. Mereka ini terdiri daripada mualaf yang masih baru memeluk Islam. Jadi misi kali ini membawa hasrat yang besar kepada komuniti Muslim di Kepulauan Cebu dan Leyte ini. Tuan Puan doakan agar semuanya dipermudahkan Allah SWT. Nak membantu kami menaja mereka juga sangatlah digalakkan. Boleh salurkan sumbangan Tuan Puan  kepada nombor akaun di bawah ini: 552095228394 MAYBANK ATAS NAMA UMMAH CARE MALAYSIA https://toyyibpay.com/Sumbangan-Dakwah-Filipina https://toyyibpay.com/Sumbangan-Dakwah-Filipina https://toyyibpay.com/Sumbangan-Dakwah-Filipina

MISI KEMANUSIAAN DAN DAKWAH 02/2024 Read More »

SEDEKAH MENDIDIK JIWA

Umat Islam digalakkan untuk sentiasa membantu sesama saudara yang lain. Salah satu caranya adalah melalui sedekah. Melalui sedekah umat Islam dididik untuk menjadi dermawan terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Amalan bersedekah mempunyai banyak kelebihan  terutama dalam aspek kerohanian manusia. 1. Tidak Berkurang Harta Kerana Bersedekah (HR Muslim 2588) “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”  Riwayat: Muslim Sesetengah individu melihat konsep sedekah sebagai memberi sesuatu yang dimilikinya kepada seseorang yang lain untuk membantu sekaligus menyebabkan hartanya berkurang. Namun demikian hakikat bersedekah tidak sesekali mengurangkan harta bahkan ianya akan diganti dengan yang lebih baik lagi. Amalan bersedekah ini tidak terhad kepada wang ringgit sahaja. Ia turut merangkumi sedekah dalam bentuk tenaga, masa, dan jiwa. Bersedekah termasuklah membantu membawa barang orang lain, menghilangkan halangan di jalan dan juga mendamaikan orang yang bersengketa. Ganjaran bersedekah ini pula tidak terhad kepada harta fizikal sahaja bahkan ia merangkumi kesihatan, kebahagiaan dalam hidup, ketenangan jiwa dan pelbagai lagi bentuk ganjaran yang terbaik yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang yang suka bersedekah. 2. Sedekah Bukti Keimanan Kepada Allah SWT (HR Muslim, 223) Harta adalah salah satu material yang dicintai manusia.  Tidak hairanlah apabila seseorang itu bersedekah, ia adalah bukti keimanan kepada Allah. Cinta kepada Allah melebihi sayang kepada harta. Malah dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud; “Kalian tidak akan mendapatkan kebaikan, sampai kalian infakkan apa yang kalian cintai.”  Ini sahaja cukup menunjukkan Allah sayang kepada hambanya yang bersedekah. Malah akan dijanjikan kebaikan setelah bersedekah. 3.Pahala Berlipat Ganda Dengan Bersedekah (Surah al-Baqarah, 261) Tidak asing lagi amalan bersedekah memang sinonim dengan muslim dan muslimat. Malah dengan amalan seperti memberi makan, sedekah pada hari-hari tertentu, jelas masyarakat Islam memang pemurah. Kemurahan hati ini tidak dipulangkan dengan pahala biasa malah Allah SWT telah menjanjikan pahala yang berlipat ganda kerana bersedekah. Dari surah al-Baqarah, yang membawa maksud: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. Surah al-Baqarah: 261 4.Sedekah Bukti Keimanan Kepada Allah SWT (HR Muslim, 223) Harta adalah salah satu material yang dicintai manusia.  Tidak hairanlah apabila seseorang itu bersedekah, ia adalah bukti keimanan kepada Allah. Cinta kepada Allah melebihi sayang kepada harta. Malah dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud; “Kalian tidak akan mendapatkan kebaikan, sampai kalian infakkan apa yang kalian cintai.”  Ini sahaja cukup menunjukkan Allah sayang kepada hambanya yang bersedekah. Malah akan dijanjikan kebaikan setelah bersedekah.  5. Dengan bersedekah, Dosa Terhapus (HR At-Tirmidzi, 614) Mukmin yang sejati sememangnya adalah dermawan. “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”  Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614 Sebagaimana hadis ini, amalan yang boleh menghapuskan dosa adalah bersedekah. Tidaklah sedekah itu menjadi sia-sia kerana akan dihapuskan dosa-dosa dilakukan Muslim dan muslimat. 6.Pintu Syurga Khas Untuk Yang Bersedekah (Bab As-Sadaqah) (HR Bukhari, 1764) Tahukah anda di syurga terdapat sebuah pintu istimewa untuk golongan yang bersedekah ini? Sesungguhnya terlalu banyak kelebihan bersedekah yang boleh dijadikan dorongan untuk memberi lagi dan lagi. Malah dalam hadis ini, ada disebut infak harta sebanyak dua kali di jalan Allah, akan diseru namanya untuk ke pintu syurga khas ini. Hadis lengkapnya adalah:  “Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”  Riwayat Al-Bukhari – 1897 dan Muslim – 1705 “Setiap anggota badan manusia diwajibkan bersedekah setiap harinya selama matahari masih terbit; kamu mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah sedekah; kamu menolong seseorang naik ke atas kendaraannya atau mengangkat barang bawaannya ke atas kendaraannya adalah sedekah; setiap langkah kakimu menuju tempat sholat juga dihitung sedekah; dan menyingkirkan duri dari jalan adalah sedekah.” (HR Bukhari dan Muslim).

SEDEKAH MENDIDIK JIWA Read More »