UCM

MASJID PUSAT ILMU KUALA PAI

Pusat Ilmu Kuala Pai, sebuah tempat yang terletak di Kampung Kuala Pai, Kuala Nerang, Kedah. Di dalam pusat ini terletaknya sebuah tahfiz iaitu Akademi Al-Qurandan Dakwah Ummah (AQDU) dan juga sebuah pusat warga emas, Kompleks Warga Emas Baitun Nur. Pusat ini telah lama ditubuhkan bagi memberi peluang pendidikan kepada generasi muda menimba ilmu. Antara fokus utama penubuhan pusat ini adalah menyediakan satu platform pendidikan agama berkaitan Al-Quran khususnya kepada generasi muda di  negara-negara dunia ketiga. Contohnya seperti Vietnam, Kemboja, Filipina. Anak-anak pelajar yang belajar di sini ditaja sepenuhnya oleh Ummah Care Malaysia. Mereka diberi pendedahan mengenai asas bacaan Al-Quran seterusnya kepada hafazan bagi yang berkemampuan. Ini kerana ada di antara mereka yang tidak berlatarbelakangkan amalan kehidupan Islam dalam seharian mereka. Justeru itu Ummah Care Malaysia menawarkan peluang pengajian di AQDU bagi membantu anak-anak pelajar ini. Namun begitu, pusat ini masih kekurangan fasiliti utama iaitu sebuah masjid untuk kegunaan para pelajar. Oleh itu sebuah masjid sedang ditubuhkan bagi membantu mereka dan juga bakal penghuni Baitun Nur dalam proses pengajian di situ. Masjid ini akan digunakan untuk melaksanakan aktiviti keagamaan, sosial dan kerohanian.  Apa yang penting adalah masjid yang sedang dibina ini akan menjadi pusat aktiviti antara penghuni Pusat Ilmu dan juga masyarakat setempat. Bukan itu sahaja ia juga diharapkan dapat menjadi pusat kerohanian dalam membangunkan sebuah masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera. Doakan semoga usaha Ummah Care Malaysia dalam membentuk masyarakat Celik Al-Quran dipermudahkan Allah SWT. Ini semua adalah usaha bersama ke arah membentuk masa depan yang berpandukan Al-Quran. فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ. Maksudnya: Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). Surah al-Taubah (122)

MASJID PUSAT ILMU KUALA PAI Read More »

DARUL JANNAH: PELUANG KEDUA UNTUK WANITA

Tidak dinafikan dadah merupakan salah satu perosak  masyarakat yang paling merbahaya. Ini kerana kesan akibat penyalahgunaan dadah amat besar bukan sahaja terhadap individu bahkan juga masyarakat. Bukan itu sahaja ia turut memberi impak negatif kepada generasi seterusnya.  Golongan wanita antara yang turut terkesan akibat penyalahgunaan dadah ini. Tidak mengejutkan apabila mendengar golongan ini turut menjadi mangsa pengaruh dadah ini. Menyedari kesan buruk penyalahgunaan dadah ini, Ummah Care Malaysia mengambil inisiatif mewujudkan satu pusat perlindungan yang akan dikenali sebagai Pusat Perlindungan, Pencegahan dan Tahfiz Dadah Wanita Darul Jannah. Bertempat di Kampung Bendang Raja, para mangsa penyalahgunaan dadah ini akan diberi peluang untuk membentuk kehidupan baru yang lebih positif bebas dari dadah. Ummah Care Malaysia memandang tinggi terhadap peranan wanita dalam pembentukan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Justeru langkah untuk memberi kehidupan kedua kepada mereka adalah satu usaha memelihara dan memperkasakan semula masyarakat melalui pemeliharaan generasi yang lebih sihat dan positif.

DARUL JANNAH: PELUANG KEDUA UNTUK WANITA Read More »

LEYTE: ruang tambahan masjid

Pengalaman pertama kali ke bumi Leyte memberi meninggalkan satu kesan yang mendalam kepada kru misi. Ditambah lagi apabila melihat program Mass Syahadah yang berlangsung di dewan Isabel. Justeru itu, kru kami kembali lagi pada misi kali ini bagi membantu komuniti Muslim di sini. Setelah perbincangan diadakan, pihak Ummah Care Malaysia bersetuju membantu penduduk di sini membina sebuah ruang tambahan bagi kegunaan mereka. Penambahan ruang ini bertujuan membantu lebih ramai penduduk untuk solat berjemaah, melaksanakan pengajian agama dan juga aktiviti kemasyarakatan. Proses pembinaan ruang tambahan masjid ini bermula secepat yang mungkin. Masing-masing berasa teruja kerana lebih ramai jemaah yang akan turut serta tatkala siapnya ruang tambahan ini nanti. Kos keseluruhan pembinaan ruang ini dianggarkan sebanyak RM 10,000 sahaja. Anggaran jemaah di ruangan tambahan ini dianggarkan sebanyak 30-40 orang penduduk Muslim. Doakan segalanya dipermudahkan Allah SWT. SUngguhpun kecil sahaja ruang ini, namun bagi mereka besar maknanya.

LEYTE: ruang tambahan masjid Read More »

DECA 5: SETINGGAN DI TENGAH BANDAR

Berada di Pulau Lapu-lapu memberi satu peluang kepada kami untuk menjejakkan kaki ke satu petempatan miskin bandar di situ. Dikenali dengan Deca 5, ianya sebuah petempatan yang menempatkan hampir 100 penduduk Muslim.  Kali pertama kami berada di sini adalah pada Julai 2023, tatkala sambutan Hari Raya Qurban diadakan.  Suasana petempatan mereka di sini amatlah menyedihkan. Dengan kawasan perumahan yang serba dhaif, mereka terpaksa bersesak di dalam petempatan ini kerana tidak mempuyai pilihan lain. Terkesan dengan keadaan mereka, kami mengambil inisiatif untuk membina sebuah surau untuk kegunaan mereka. Surau yang dicadangkan hanyalah sebuah surau yang ringkas sahaja. Sekurang-kurangnya kami nak bantu menyediakan satu tempat untuk komuniti Muslim di sini melakukan aktiviti ibadah dan pengajian Islam. Penting surau ini kepada mereka terutama kepada generasi muda. Jom bantu kami untuk bina sebuah surau untuk komuniti Muslim di Deca 5 ini. Boleh menyumbang di: Nama akaun: Ummah Care Malaysia No. Akaun: 552095228394 (MAYBANK)   

DECA 5: SETINGGAN DI TENGAH BANDAR Read More »

PERKAMPUNGAN ELI, la libertad : ISLAM AGAMA DAMAI

Misi kami diteruskan ke tanah tinggi di Kepualauan Negros. Kali ni kru misi kembali menjejakkan kaki ke perkampungan Eli, sebuah perkampungan yang pernah kami ziarahi pada misi kami akhir tahun 2023. Terletak di La Libertad, Negros perkampungan ini hanyalah sebuah perkampungan yang kecil di atas gunung. Terdapat sebuah masjid yang kecil dan usang yang digunakan untuk aktiviti ibadah di situ. Kru kami dimaklumkan bahawa pada tahun 2018, penduduk Muslim hanyalah dua orang. Alhamdulillah kini jumlah mereka adalah dalam 100 orang yang memeluk Islam. Tatkala berbincang dan beramah mesra dengan penduduk Eli, kami difahamkan bahawa Islam telah memberi impak yang besar dalam kehidupan mereka. Sebelum ini, mabuk dan  pergaduhan adalah perkara biasa bagi mereka. Namun setelah mengenali Islam, kehidupan mereka jauh lebih aman dan damai. Masing-masing lebih menghormati antara satu sama lain. Alhamdulillah sesungguhnya Islam itu agama keamanan.

PERKAMPUNGAN ELI, la libertad : ISLAM AGAMA DAMAI Read More »

DARI CEBU KE LEYTE

Hari seterusnya di bumi Filipina, kru Ummah Care Malaysia mula mengatur langkah. Dari bumi Cebu, kru semua menaiki feri ke kepulauan Leyte, sebuah pulau yang dikelilingi pantai dan pulau yang cantik. Tujuannya adalah menyantuni semula penduduk Leyte yang pernah kami ziarahi pada hujung tahun lepas. Disapa angin kepualaun ini sambil bermuzakarah tentang hala tuju seterusnya antara pengalaman manis bagi kru ini. Kedatangan kami disambut gembira oleh para penduduk di perkampungan ini. Masing-masing bersyukur kerana kami masih sudi kembali menziarahi mereka lagi. Selesai beramah mesra dengan penduduk, satu sesi dakwah diadakan bertujuan berkongsi dan  menyampaikan nasihat dan pengajaran kepada para penduduk.  Alhamdulillah ada yang melafazkan syahadah pada hari tersebut. Syukur kerana mereka dipilih oleh Allah SWT untuk menjadikan Islam sebagai agama kehidupan. Semoga Allah SWT memberikan dan menjaga iman dalam hati mereka. https://ucm.life/wp-content/uploads/2024/01/Sekali-saya-menyaksikan-mukjizat-al-Quran.-Terkenang-dan-terngiang-ngiang-ketika-belajar-Tafsir-Surah-An-Nasr-dalam-dua-puluh-tahun-yang-lampau.-By-Nasir.mp4

DARI CEBU KE LEYTE Read More »

MISI KEMANUSIAAN DAN DAKWAH FILIPINA 2024

“Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya serta makanlah daripada rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.”(Surah Al-Mulk 67:15) Tirai 2024 dibuka dengan satu misi baru bagi Ummah Care Malaysia. Misi kali ini lebih luas dan lebih jauh perjalanannya. Memulakan tahun baru ini dengan semangat dan azam baru, kru Ummah Care Malaysia yang diwakili oleh Penaung dan Presiden Ummah Care Malaysia iaitu Dato Dr. Abdul Razak bin Kechik dan Ustaz Haji Mohd Nasir bin Zakaria memulakan perjalan misi ini pada 10 Januari 2024.  Misi kali ini lebih menumpukan kepada lawatan projek pembinaan masjid dan juga program dakwah di beberapa tempat yang pernah dilawati sebelum ini. Perjalanan misi kali ini turut disertai oleh Tan Sri Subhan, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan yang ingn menjadi sebahagian dari kembara dakwah ini. Setibanya di sana, kru Ummah Care Malaysia disambut oleh beberapa ketua pusat Islam Cebu dan dibawa ke Pusat Islam Lapu-Lapu iaitu di Masjid Rahmaniyyah. Di pusat islam ini, semua ahli kru melepaskan lelah dan berehat sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Seusai solat, kesemua yang ada diberikan sedikit santapan rohani oleh Dato Dr. Abdul Razak. Beliau menyampaikan tazkirah berkaitan Ummatan Wasatan. Di dalam tazkirah tersebut, beliau mengingatkan semua bahawa umat Islam perlu sentiasa bersederhana dalam semua perkara, tidak melampaui batasan yang ditetapkan syarak, saling menghormati antara satu sama lain bahkan kepada hormat kepada bukan Islam juga. Selain itu beliau turut menekankan bahawa kehidupan seorang Muslim perlu selari dengan ajaran Islam melalui apa yang disampaikan oleh Al-Quran dan Sunnah serta sentiasa mencontohi Rasulullah S.A.W dalam kehidupan.

MISI KEMANUSIAAN DAN DAKWAH FILIPINA 2024 Read More »

SYAHadah di eli negros

https://ucm.life/wp-content/uploads/2023/12/syahadah-eli-negros.mp4#t=,0.3 Menjejakkan kaki di perkampungan Eli Negros, sebuah perkampungan yang pertama kalinya kami tiba. Sambutan masyarakat amat mesra. Perjalanan panjang dan berliku harus ditempuhi untuk melaksanakan dakwah di sini. Tapi team kami tetap teguh demi menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim kepada saudaranya yang lain. “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”(Surah Ali’ Imraan ayat : 104)

SYAHadah di eli negros Read More »

kepulauan leyte

Misi kami seterusnya berlangsung di Kepualauan Leyte, sebuah pulau yang terletak di Wilayah Visayas. Dengan kepadatan penduduk sebanyak 2 juta lebih, Leyte terdiri dari beberapa kawasan perbandaran walaupun kebanyakan kawasan adalah gunung ganang dan bukit bukau. Untuk tiba di kepulauan ini, kami perlu menggunakan feri selama tiga jam perjalanan. Setibanya di sana kami dibawa ke Masjid Madinah untuk melepaskan lelah dan makan serta solat. Di masjid ini juga kami dapat berkumpul bersama-sama komuniti Muslim di situ.   Dari masjid Madinah, kami bergerak ke perkampungan Isabelle untuk program dakwah seterusnya. Ketibaan kami disambut mesra oleh pihak berkuasa tempatan dan juga penduduk setempat. Sementara menyiapkan peralatan dan barangan, para penduduk mula hadir ke dewan tersebut. Program dimulakan dengan ucapan daripada Imam Masjid Madinah iaitu Imam Abdul Rauf. Kemudian Ustaz Jamal Dalman seterusnya Presiden Ummah Care Malaysia iaitu Ustaz Nasir Zakaria. Selesai ucapan, mass syahadah turut berlangsung. Kemudian para penduduk diberi sedikit sumbangan saguhati atas kesudian mereka hadir dan mengikuti program dakwah yang diadakan ini. Semoga ada yang mendapat hidayah dari apa yang berlaku pada program hari ini.

kepulauan leyte Read More »

LEMBARAN BARU ELI NEGROS

PART 2 Perjalanan ke Kampung Eli Negros memang sangat mencabar diri. Dari berkereta, kami menaiki kuda. Dari berkuda kami berjalan kaki pula sebelum tiba di kampung ini. Semua demi tanggungjawab yang diamanahkan kepada diri kami sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Kedatangan kami disambut penuh mesra oleh penduduk di situ. Selesai menikmati hidangan yang disajikan kami bergegas melaksanakan persiapan untuk majlis bersama penduduk dan juga penyampaian sumbangan kepada penduduk setempat. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Ustaz Abdullah, kemudian Ustaz Alimuddin yang merupakan para pendakwah di sana. Ustaz Nasir selaku Presiden Ummah Care Malaysia turut mengambil peluang tersebut untuk memberikan penerangan dan taklimat kepada para penduduk. Usai ucapan dan taklimat, majlis diteruskan dengan sesi Syahadah, satu sesi di mana penduduk kampung dapat memperbaharui syahadah mereka sebagai seorang Islam. Kemudian diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada penduduk setempat. Sumbangan berupa beras ini adalah hasil sumbangan Tuan Puan yang budiman sekalian.  Penduduk kampung berasa gembira apabila menerima sumbangan ini. Ini kerana harga beras di tempat mereka adalah tinggi dan sukar diperolehi terutama di kawasan pendalaman.   Selesai sesi serahan sumbangan kepada penduduk setempat, semua yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan kenduri. Jamuan ini juga antara hasrat rakan-rakan yang sentiasa menyokong kerja-kerja dakwah ini. Alhamdulillah hasrat mereka telah kami laksanakan. Doa kami semoga Allah SWT memberi ganjaran yang sebaiknya kepada mereka atas kebaikan yang mereka lakukan ini. Begitulah pengalaman kami semua di perkampungan Eli Negros ini. Sebuah tempat yang kami tak sampai sebelum ini. Alhamdulillah Allah SWT takdirkan ketibaan kami kali ini. Doakan perjalanan kami seterusnya dipermudahkan Allah SWT.  Misi kami masih belum selesai. bersambung…

LEMBARAN BARU ELI NEGROS Read More »