UCM

LEMBARAN BARU ELI NEGROS

Hari kedua kami di sini membawa kami ke sebuah tempat baru iaitu Kampung Eli Negros. Kampung ini belum pernah lagi kami jejaki kerana lokasi yang terletak jauh dari Perbandaran Cebu. Perjalanan ke perkampungan ini nyata amat berliku. Seawal 4 pagi kami perlu bergerak ke jetty iaitu Port of Tangil, Dumanjug untuk urusan tiket. Kami turut membawa barang sumbangan untuk disampaikan kepada penduduk di sana. Turun dari jetty Guihulngan, kami menaiki pula sebuah teksi yang boleh memuatkan sepuluh penumpang dalam satu masa.  Saiz teksi ini hampir dengan saiz sebuah lori pick-up di negara kita. Perjalanan masih belum terhenti di situ. Di tengah perjalanan kami menukar teksi tadi kepada sebuah motosikal.mungkin disebabkan oleh keadaan jalan yang sempit dan berbatu menyebabkan kenderaan lain tidak sesuai melakukan perjalanan di sana. Sesuatu yang amat bernilai apabila merasai peluang menaiki sebuah motosikal bersama empat orang pembonceng sekaligus. Tengoklah bagaimana keadaan kami atas motosikal tu. Rasa gusar bercampur geli hati bermain di hati. masing-masing hanya mampu ketawa sepanjang perjalanan tersebut. bersambung….

LEMBARAN BARU ELI NEGROS Read More »

BuMI CEBU, KAMI DATANG

PART 2 Setelah hampir 4 jam perjalanan, kami tiba di Mactan Airport, Cebu, Filipina dengan selamatnya. Alhamdulillah. Kedatangan kami disambut oleh Ustaz Alimuddin, pengurus pusat Islam di Cebu. Kami dibawa ke destinasi pertama kami dengan menaiki sebuah van. Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan sekitar kepualauan ini. Kami tiba di Pulau Lapu-Lapu sekitar jam 5 petang. Sampai di sana perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki ke Pusat Islam Lapu-Lapu iaitu Masjid Rahmaniyyah. Masjid Rahmaniyyah terletak di dalam kawasan yang agak jauh dari jalan utama.  Setibanya kami di situ, kami disambut gembira oleh kakitangan pusat Islam ini dan juga penduduk kampung yang sedia maklum akan kehadiran kami untuk misi kali ini. Kami turut diraikan dengan jamuan kecil-kecilan sebagai tanda penghargaan.

BuMI CEBU, KAMI DATANG Read More »

misi disember 2023

BUMI CEBU, KAMI KEMBALI Disember 2023, bulan terakhir tahun ini menyaksikan kedatangan semula kru Ummah Care Malaysia ke bumi Cebu. Kali ini misi kami adalah menyampaikan sumbangan dari Tuan Puan yang budiman dan meneruskan pemantauan pembinaan Masjid Al-Ummah Badian. Di samping itu akan turut direncanakan adalah serahan dana pembangunan terkumpul Masjid Al-Ummah, Badian untuk kelangsungan kerja-kerja pembinaan yang seterusnya. Misi kami turut disertai oleh Penaung Ummah Care Malaysia iaitu Dato Dr. Razak yang setia ditemani oleh isteri, Datin Asriah. Tuan Puan doakan segala urusan kami dipermudahkan Allah SWT.  Kami bawa sumbangan Tuan Puan untuk disampaikan kepada mereka. Ada yang bagi tudung, ada yang bagi telekung untuk bantu saudara kita di sana.  Bantu mereka tutup aurat sebaiknya. Bantu mereka jaga agama Islam dalam kehidupan.

misi disember 2023 Read More »

SANTUNI ANAK YATIM SABAH

Tanggal 17 November 2023, Ummah Care Malaysia diwakili oleh Presiden, Ustaz Haji Mohd Nasir bin Zakaria dan juga penaung, Dato Dr. Abdul Razak berangkat ke Sabah, negeri di bawah bayu bagi misi seterusnya; Menyantuni anak- anak yatim di bumi Sabah. Dari Kota Kinabalu menuju ke Ranau, team Ummah Care Malaysia melalui Tamruli, Pekan Nabalu dan seterusnya Kundasang. Namun kabus tebal menghalang pemandangan Gunung Kinabalu.   Setibanya di Ranau, team kami disambut oleh Ustaz Rosli Pengerusi Briged Bakti Malaysia Sabah, Saudara Ali dan juga Ustaz Hishamuddin.   Setelah melewati pemandangan yang menakjubkan di sepanjang perjalanan, team kami akhirnya tiba di  destinasi yang dituju iaitu Rumah Putera Harapan, RPH Daerah Ranau. RPH ini merupakan sebuah pusat perlindungan untuk anak yatim, gelandangan dan asnaf di sini. Alhamdulillah MOU pertama dalam pendidikan dan dakwah serta kebajikan antara Ummah Care Malaysia dan pihak Rumah Putera Harapan, Daerah Ranau, Sabah berjaya dimaterai. Saya mewakili Ummah Care Malaysia selaku Presiden dan Rumah Putera Harapan diwakili oleh pengurus Ustaz Sabri Abdullah.Majlis disaksikan oleh Penaung Ummah Care Malaysia Dato Dr Abdul Razak bin Kechik. Semoga MOU ini akan mencetuskan lebih banyak gerak kerja bagi membangunkan Umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Doakan usaha kerdil ini dirahmati Allah.

SANTUNI ANAK YATIM SABAH Read More »

KOMPLEKS MASJID PUSAT ILMU KUALA PAI

MASJID UNTUK SEMUA Pusat Ilmu Kuala Pai merupakan sebuah kawasan di pinggiran yang terletak di Kampung Kuala Pai, Kuala Nerang, Kedah. Ianya merupakan sebuah kawasan di bawah pengurusan Ummah Care Malaysia. Kedudukan pusat ilmu ini ialah 15.8 KM dari Pekan Kuala Nerang dan 11.8 KM dari bandar Pokok Sena. Pusat Ilmu Kuala Pai mempunyai Kompleks Warga Emas Baitun Nur dan Akademi Al-Quran dan Dakwah Ummah (AQDU). Kompleks Warga Emas Baitun Nur mempunyai sebuah bangunan yang terdiri dari 6 unit rumah yang sedia untuk didiami manakala AQDU pula merupakan sebuah tahfiz. Tahfiz ini disertai oleh para pelajar dari dunia negara ketiga seperti Vietnam,Kemboja, Indonesia dan beberapa negara lain. Pengajian mereka adalah di bawah tanggungang Ummah Care Malaysia sepenuhnya. Walaupun pusat ilmu ini mempunyai dua institusi di situ, tempat ini masih kekurangan pelbagai aspek. Paling ketara ialah ketiadaan surau atau masjid untuk dijadikan pusat aktiviti di situ. Sebelum ini, sebuah surau telah didirikan. Namun ruangnya terhad dan tidak mampu menampung jemaah yang ada. Kekurangan ini menyebabkan ianya terpaksa diubah kepada sebuah masjid ghairu jamek. Namun begitu proses pembangunan masjid ini bukanlah mudah. Banyak yang diperlukan untuk membolehkan ianya dapat digunakan oleh penghuni-penghuni di pusat ilmu ini serta penduduk sekitar. Ummah Care Malaysia telah berjaya memulakan proses pembangunan masjid ini hasil sumbangan Tuan Puan yang dirahmati Allah SWT sekalian. Namun dana yang ada masih tidak mencukupi. Kami masih memerlukan dana sebanyak RM300,000.00 lagi untuk meneruskan pembangunan masjid ini. Kos ini merangkumi pembelian barangan pembinaan, kos sewa peralatan dan mesin serta lain-lain kos berkaitan pembinaan masjid ini. Sabda Baginda saw: « مَنْ بَنَى للهِ مَسْجِدًا يَبْتَغِيْ بِهِ وَجْهَ اللهِ؛ بَنَى اللهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ » Sesiapa yang membina Masjid yang dengannnya dia menginginkan redha Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga. (HR al-Bukhari dan Muslim daripada Sayyiduna ‘Uthman radhu)

KOMPLEKS MASJID PUSAT ILMU KUALA PAI Read More »

tanah perkuburan pinamugajan

GUBA DAN MUSLIM PINAMUNGAJAN Pinamungajan, sebuah kawasan perbandaran kecil yang terletak di daerah Cebu merupakan antara kawasan yang ditempati oleh masyarakat Islam Filipina.  Kawasan ini mempunyai 100,000 orang penduduk Muslim. Namun demikian, kehidupan mereka masih banyak kekurangan. Kemudahan yang ada masih belum lengkap. Bukan hanya ketika mereka hidup bahkan ketika mereka meninggal dunia juga. Mereka berdepan kesukaran  mendirikan tempat ibadah. Mereka juga menghadapi kesukaran menguruskan urusan kematian. Di Pinamungajan, penduduk Muslim berdepan kesukaran apabila terdapat kematian di kalangan mereka. Ini kerana mereka tidak mempunyai kawasan perkuburan Islam di petempatan tersebut. Tanah perkuburan terdekat ialah Tanah Perkuburan Islam Guba. Tapak perkuburan Islam sedia ada terletak di Guba, jauhnya kira-kira 72 KM dari Pinamungajan. Meredah perjalanan yang jauh dan sukar merupakan perkara biasa bagi masyarakat Muslim di situ. Kawasan tersebut berbukit bukau dan terletak jauh dari kawasan jalan utama sekaligus menyukarkan proses penyempurnaan jenazah. Namun semuanya tetap dilaksanakan sebaiknya sebagai memenuhi keperluan fardhu kifayah.

tanah perkuburan pinamugajan Read More »

HADIAH DARI MALAYSIA

“Inilah yang mampu kami hadiahkan kepada kamu wahai saudara seagama kami” -Rakyat Malaysia Menginjak ke pertengahan tahun 2023  tercetuslah satu hasrat untuk menubuhkan sebuah masjid di atas sebidang tanah di daerah Badian ini. Masjid ini akan menjadi pusat aktiviti keagamaan pusat kemasyarakatan tempat pengajian ahli masyarakat Islam Sebab utama masjid ini ditubuhkan adalah bagi menyediakan satu tempat solat bagi lebih 5,ooo penduduk Muslim di Badian ini. 5,000 orang penduduk Muslim tapi tempat ibadat tidak ada!!! Tuan-tuan dan Puan-puan, Takkan kita nak tengok saja? Tuan-tuan dan Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, Atas doa dan usaha serta keprihatinan yang diberikan, usaha membina masjid dapat dimulakan pada Mei 2023. Sehingga September 2023 ini, inilah hasil yang berjaya disiapkan oleh tenaga kerja di sana. Kerja yang bukan mudah namun Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan Allah SWT. Kita tak mampu nak datang ke pulau ini dan turut serta membina masjid ini untuk mereka. TAPI Kita mampu berdoa dan menyumbang sekadar yang ada untuk memudahkan proses pembinaan masjid ini dengan sebaiknya. Tuan-tuan dan Puan-puan yang dikasihi sekalian, Ini adalah hadiah dari Muslim di Malaysia kepada Muslim di Cebu, Filipina. Hadiah kepada saudara seagama. https://ucm.life/wp-content/uploads/2023/10/Alhamdulillah-guys-kita-dah-berjaya-siapkan-banyak-dah-masjid-ni-Jom-wakaf-bersama-ummah-care-rm1-sahaja-guys-ummahcaremalaysia.mp4 مَن نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن يَسَّرَ علَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللَّهُ عليه في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَن سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللَّهُ في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللَّهُ في عَوْنِ العَبْدِ ما كانَ العَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ Maksudnya: “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.” (Riwayat Muslim)

HADIAH DARI MALAYSIA Read More »

lawatan projek masjid badian, cebu

Ogos 2023, sekali lagi Ummah Care Malaysia bersama Bridged Bakti Malaysia (BBM) menjejakkan kaki ke tanah Cebu di Filipina. Kali ini ianya menumpukan kepada lawatan ke projek pembinaan masjid mualaf yang sedang dalam pembinaan di samping menyampaikan sumbangan pembinaan masjid ini untuk fasa pembinaan seterusnya. Masjid Mualaf di Badian, Cebu ini akan menjadi satu-satunya masjid di kawasan ini. Ketika ini penduduk Muslim di situ menggunakan pusat Islam sebagai pusat aktiviti keagamaan. Justeru pembinaan masjid ini amatlah dinanti-nantikan oleh mereka yang berjumlah lebih 5000 penduduk Muslim. Masjid Mualaf ini akan dibina sebanyak dua tingkat; tingkat bawah untuk muslimin dan tingkat atas untuk muslimat. Masjid ini juga dikelilingi dengan pemandangan  yang amat mendamaikan jiwa. https://ucm.life/wp-content/uploads/2023/09/video6285116331918363620.mp4

lawatan projek masjid badian, cebu Read More »

sepakat menuju kejayaan

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata: ‘Sesungguhnya aku termasuk golongan Muslim (yang berserah diri)?’” (Fussilat 41 : 33) Dr. Yusuf al-Qaradawi pernah berkata, dakwah adalah mengajak kepada Islam, mengikuti petunjuk-Nya, mengukuhkan manhaj-Nya di muka bumi, beribadah kepada-Nya, melepaskan diri daripada semua ketaatan kepada selain-Nya, membenarkan apa yang dibenarkan oleh-Nya, menyalahkan apa yang disalahkan-Nya, menyeru kepada yang makruf, mencegah yang mungkar dan berjihad di jalan Allah. Secara mudahnya, dakwah adalah satu seruan untuk mengajak manusia kepada jalan ALlah SWT. Antara cara mencapai kejayaan dakwah adalah melalui kerjasama dan perbincangan bersama antara para pendakwah. Ummah Care Malaysia dan Bridged Bakti Malaysia sentiasa melaksanakan perbincangan bersama para pendakwah tempatan bagi memastikan setiap perjalanan dakwah dapat diatur dan dilaksanakan sebaiknya.

sepakat menuju kejayaan Read More »

KEMBARA OGOS 2023

kembara ogos 2023 18 OGOS 2023: Kami kembali ke bumi Filipina, bumi Kesultanan Maharlika  suatu ketika dahulu. Menjejakkan kaki dan kembali meneruskan amanah sebagai seorang pendakwah di bumi Allah ini. Meneruskan dakwah semampu yang boleh dengan tenaga dan kudrat yang ada. Kembara ini turut disertai bersama Penaung Ummah Care Malaysia, Dato Abdul Razak bin Kechik, seorang insan yang hebat dan berjiwa kental. Doakan usaha kecil ini berterusan. لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ أَعَزَّ جُنْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَغَلَبَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ فَلَا شَيْءَ بَعْدَهُ Laa ilaaha illallahu wahdahu a’aza jundahu wanashoro ‘abduhu wa gholabal ahzaba wahdahu falaa syaia ba’dahu “Tiada Tuhan selain Allah. Dialah satu-satunya. Dia telah memenangkan pasukan-Nya, menolong hamba-Nya, dan mengalahkan musuhNya. Tiada sesuatu yang kekal selain Dia.”

KEMBARA OGOS 2023 Read More »