UCM

misi DAKWAH QURBAN 1444/2023

MISI QURBAN DAKWAH 1444/2023 Kru Misi Qurban tiba di Cebu, Filipina lebih kurang jam 11 pagi. Sebelum memulakan perjalanan seterusnya, satu sesi penerangan ringkas berkaitan sejarah Pulau Lapu-Lapu disampaikan oleh Presiden Ummah Care Malaysia iaitu Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria. Penerangan ini bagi membantu rakan-rakan kru lain yang terdiri dari ahli Masjid Al-Hasanah Bangi, Aqrab Alistiqamah dan wakil ANGKASA mendengar dengan penuh teliti penerangan yang diberikan.Misi Qurban Dakwah kali ini akan melibatkan beberapa Pusat Islam dan Masjid yang dikendalikan bersama di bawah Briged Bakti Malaysia (BBM) , Ummah Care Malaysia dengan kerjasama One Dakwah Foundation.Destinasi pertama dalam misi ini adalah Pulau Olango, sebuah pulau yang terletak di kawasan timur Lapu-lapu bagi melaksanakan Program Mass Dakwah bersama masyarakat di pulau tersebut. Iftar Perdana sempena Puasa Hari Arafah adalah antara aktiviti yang dirancang bersama masyarakat mualaf bertempat di Masjid Rahmaniyyah, Pulau Lapu-Lapu.

misi DAKWAH QURBAN 1444/2023 Read More ยป

Menjejak Everest, Nepal: Misi Korban dan Dakwah Ummah Care Malaysia

Catatan 1 Menjejak Everest, Nepal: Misi Korban dan Dakwah Ummah Care Malaysia 26 Mei 2023ย Tiba di Kathmandu, jam 11 malam waktu Malaysia disambut dengan hujan lebat dan sejuk.Terus ke hotel, check in dan nikmati tea hijau bersama sahabat di sini, seterusnya makan malam yang lewat dengan nasi beriani kambing.27 Mei. Berpagian di bandar Bagbazar, sebahagian dari Kathmandu. Bagbazar bermakna Pasar Harimau dalam bahasa Nepal. Kami menikmati cuaca pagi yang cerah di Negara berpopulasi hampir 30 juta dengan Muslim hanya seputar 4.4 Peratus atau 1.5 juta lebih kurang. Majoriti penduduk beragama Hindu sekitar 80 peratus lebih dan Buddha sekitar 9 peratus.Terdapat sejarah panjang Islam di sini. Masjid Nepali yang dibina sejak tahun 1484 dalam abad ke 15 dibina semula 1990. Catatan 2 Nepal : Masjid Kashmiriย Islam masuk ke Nepal di catatkan sejak abd ke 11 Masehi melalui pedagang Arab. Seterusnya melalui ketenteraan dengan perangan panglima tentera yang berpusat di India.Terdapat peranan penting orang Kashmir di Kathmandu. Ia adalah gelombang ketiga Islam di Nepal.Masjid Kashmiri lebih tua dari Masjid Jamik Nepali. Juga dibina pada abad ke 15 oleh seorang ulamak dari Kashmir, Shah Miskin. Bermaksud Raja orang Miskin. Sempat berbual dengan Mr Suhailiuddin yang menjaga masjid ini. Terdapat Makam Shah Miskin di dalam Kompleks Masjid Kashmiri Taqiya ini.Sempat bersama anak anak yang belajar di Madrasah yang terdapat di situ dan bersembang dengan ustaz yang berasal dari India yang baru mengajar tafsir, bahasa Arab dan sirah. Beliau adalah lulusan Al Azhar.

Menjejak Everest, Nepal: Misi Korban dan Dakwah Ummah Care Malaysia Read More ยป

sumbangan kepada Baba Haji Mohd Adnan Abdul Wahab

Tercapailah sudah hasrat Ummah Care Malaysia untuk menyampaikan sumbangan kepada Baba Haji Mohd Adnan Abdul Wahab, guru pondok di Pattani Thailand. Beliau sedang membangunkan Pondok Bustanul Arifin, sebuah pondok Warga Emas, pondok pelajar remaja, pondok kelamin dan Tahfiz. Beliau juga banyak menabur Bakti di Malaysia dengan mengadakan daurah ilmu dan sebagainya. Semoga Baba Nan terus maju membangunkan Ummah. Lihat kempen sedekah

sumbangan kepada Baba Haji Mohd Adnan Abdul Wahab Read More ยป

iftar ummah care Indonesia

Program Berbuka Puasa Ummah Care Indonesia di TPQ Alfiatun Nikmah pada Tarikh : 17 April 2023. Lokasi kegiatan: TPQ Alfiatun Nikmah, Desa Maukeo Kecamatan Mauponggo Kabupaten Nagekeo Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Total Santri : 96 orangTotal Cekgu : 2 orangdan lain2 : 2 orang Total keseluruhan : 100 orang Kos yang di Butuhkan : 45.000/ Porsi x 100 orang = 4.500.000 Jadi Kos yang di butuhkan adalah 4.500.000 Rupiah ย  Sumber asal Ummah Care Indonesia Lihat kempen sedekah https://ucm.life/wp-content/uploads/2023/04/WhatsApp-Video-2023-04-19-at-18.20.02.mp4 Lihat kempen sedekah

iftar ummah care Indonesia Read More ยป

PUSAT PERLINDUNGAN WANITA DARUL JANNAH

BANTULAH WANITA-WANITA YANG MALANG SEMPENA RAMADAN (Rebut Pahala Wakaf Berganda Dengan Cukupkan Dana Pembangunan Kompleks  Pusat Pemulihan Dadah, Akhlak dan Tahfiz Wanita Darul Jannah) Sedekah sekarang Kami cadangkan Ramadan ini, kita ambil peluang bersedekah sepanjang bulan supaya kita mendapat ganjarannya. Amin. Bagaimana Cara Untuk Sertai? 1. Pilih jumlah yang ingin disedekahkan. 2. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan. pengiktirafan ummah care malaysia Previous Next “Di bulan Ramadan, Banyakkan Bersedekah” Bulan ini adalah bulan yang sangat afdal untuk bersedekah. Harta yang akan kita awak sampai ke alam sana ialah sedekah jariyah. Kompleks yang akan sentiasa menjana pahala untuk tuan-tuan dan puan-puan. Mereka insan yang sangat memerlukan bantuan dari kita untuk kembalikan keyakinan diri dan diterima kembali ke dalam masyarakat. Aktiviti mereka di sini akan dipenuhi dengan amal ibadah dan mencari keredhaan tuhan. Tuan puan bayangkan jika Mereka ini anak gadis tuan puan, Mereka ini keluarga anda, Mereka ini tidak bersalah.. Mereka mangsa keadaan. InsyaAllah, pahala akan mengalir selagi mana kompleks yang dibina atas sumbangan tuan puan ini dimanfaatkan sehingga akhir. Betapa hebatnya bersedekah/wakaf pada bulan Ramadan sehingga baginda Rasulullah SAW bersabda: “Sedakah yang paling utama adalah sedekah pada bulan ramadan” (Riwayat At-Tirmidzi) Ayuh kuatkan azam kita untuk beramal, seumpama Ramadan ini adalah Ramadan terakhir kita. “Tapi betul ke Kompleks Darul Jannah masih perlukan dana?” Tuan puan, pada awalnya kami juga telah menggunakan dana kami sendiri untuk membina Kompleks Darul Jannah ini dan telah siap sebanyak 70%. Namun, selepas siap pembinaan rupanya dana yang kami  sediakan tidak mencukupi untuk melengkapkan binaan Kompleks Darul Jannah ini. Jadi kami masih memerlukan sekitar RM 500 RIBU untuk menyiapkan koompleks ini. Sumbangan dari pihak tuan puan amat kami hargai. Dana yang terkumpul akan digunakan untuk: Membina pagar untuk keselamatan penghuni Pemasangan siling Kerja-kerja mengecat bangunan Menyiapkan pondok pengawal Melengkapkan ciri-ciri keselamatan seperti CCTV dan sebagainya Kami jamin, dana yang tuan puan infaqkan akan digunakan sebaiknya untuk pembangunan Kompleks Pusat Perlindungan Wanita Darul Jannah. ini antara sebab kenapa kami bangunkan kompleks darul jannah ini โ€œAku wasiatkan kepada kamu untuk berbuat baik kepada para wanita.โ€ (Riwayat Muslim) Berdasarkan hadis di atas kita digesa untuk tidak berbuat zalim kepada kaum yang bernama wanita. Di dalam Islam mereka diberikan darjat yang tinggi untuk dilindungi dan disayangi, bukannya di zalimi oleh orang yang mereka sayang. Marilah kita bantu mereka dengan memberi mereka tempat berlindung dari tangan-tangan zalim dan kejam yang berada di luar sana. Tamatkanlah penderitaan mereka dan gantikanlah tangis mereka dengan senyuman. Oleh itu, Ummah Care Malaysia mengambil inisiatif mewujudkan Kompleks Pusat Perlindungan Wanita Darul Jannah. Usaha ini bagi membantu melindungi wanita-wanita yang telah dianiaya dan salah laku daripada derita dan juga sengsara yang berterusan Ummah Care Malaysia berhasrat memberi perlindungan dan pemulihan kepada mereke kearah kehidupan lebih baik dan bermakna. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu ada ruang untuk berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik. Harapan selalu ada buat mereka yang tidak pernah berputus asa. Ayuh tuan puan, sempena Ramadan kali ini, kita bantu anak-anak dan wanita kita untuk rasa selamat dan tenang. Kita hadiahkan mereka tempat berlindung dan tempat belajar agama. Sedekah sekarang Boleh percaya ke ummah care malaysia ni? Ummah Care Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah ROS: PPM-003-07-15112066 Ummah Care Malaysia telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan, antaranya adalah bantuan kemanusiaan (dalam & luar negara), bantuan kecemasan bencana, bantuan makanan buat fakir miskin, agihan Al-Quran dan juga bantuan untuk mendirikan pondok pengajian. Jika ada sebarang persoalan atau pertanyaan, bleh hubungi pegawai khidmat kami di talian: 04-786 0478

PUSAT PERLINDUNGAN WANITA DARUL JANNAH Read More ยป

iftar bersama mualaf di Moal Boal City

Alhamdulillah ya Allah. Syukur padaMu. Menyantuni mualaf dalam misi iftar bersama mualaf di Moal Boal City. Sesuatu yang baru bagi mereka yang baru bersama Islam ini. Iftar berjemaah menambah keberkatan. Menu ringkas tetapi sangat bermakna. โ€œ๐˜š๐˜ฆ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ญ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ, ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ด๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ค๐˜ข๐˜ฑ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ด๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ข๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข.โ€ Lihat semua kempen https://ucm.life/wp-content/uploads/2023/04/IMG_1696-2.movhttps://ucm.life/wp-content/uploads/2023/04/WhatsApp-Video-2023-03-30-at-22.41.38-1.mp4

iftar bersama mualaf di Moal Boal City Read More ยป

PEMBANGUNAN KOMPLEKS SURAU WARGA EMAS BAITUN NUR

Menyelusuri hari tua dengan penuh bermakna adalah impian setiap manusia. Kehidupan hari tua yang dipenuhi kasih sayang dan diberkati Allah SWT menjadi harapan yang boleh disempurnakan.Kompleks Warga Emas Baitun Nur dapat merealisasikan harapan ini. Jom bersama Ummah Care Malaysia membantu penubuhan Kompleks Warga Emas Baitun Nur dengan memberikan sumbangan seikhlas hati untuk menjayakan harapan ini. jom sedekah

PEMBANGUNAN KOMPLEKS SURAU WARGA EMAS BAITUN NUR Read More ยป

SYURGA YANG DIRINDUKAN

Ramadan adalah bulan di mana semua umat islam pulun mengerjakan ibadah. Bulan mulia yang ditunggu ketibaannya. Apa tujuan kita mengerjakan ibadah kepada Allah SWT? Sebagai hamba-NYA apa yang diharapkan dalam hidup ini sehinggalah pergi ke negeri yang kekal abadi. Di dunia sering di dengarkan betapa indahnya Syurga sehingga ada yang merindukannya walaupun tidak lagi lihat di depan mata. Perjalanan kali ini kita akan menuju ke Syurga Allah SWT, merasai keindahannya dari hidup di muka bumi ini lagi, supaya destinasi pilihan akhir kita adalah masuk ke Syurga Allah SWT bersama-sama.

SYURGA YANG DIRINDUKAN Read More ยป

KUNCI KETENANGAN

ASSALAMUALAIKUM : HADIS 11 (KUNCI KETENANGAN (40 AN-NAWAWI)) Meneruskan lagi pembelajaran hadis , fokus kepada hadis ke 11, daripada kitab Matan Arbain karangan Imam An-Nawawi. Hidup di zaman yang semakin sukar untuk membezakan mana yang baik dan tidak baik, lebih-lebih lagi umat Islam semakin jauh dan jahil daripada hukum syarak. Kupasan hadis ini bersama Izmir Fareez & Ustaz Mohd Shamsul Hakim Abd Samad. โ€œSatukan Ummah, Dengan Ilmuโ€

KUNCI KETENANGAN Read More ยป